Estet kelapa sawit 5,000ha dirancang di Demak Laut

Estet kelapa sawit 5,000ha dirancang di Demak Laut

Satu estet kelapa sawit seluas 5,000ha akan dibuka di Demak Laut sebagai sebahagian daripada perancangan jangka panjang untuk meningkatkan pendapatan rakyat di sana.

Satu estet kelapa sawit seluas 5,000ha akan dibuka di Demak Laut sebagai sebahagian daripada perancangan jangka panjang kerajaan negeri.

Bagaimana pun, Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Negeri, Abang Abdul Rauf, berkata tiada satu tempoh ditetapkan bila projek itu akan dilaksanakan.

Cadangan pembinaan estet itu akan dilaksanakan mengikut usahasama awam-swasta, dengan para pemilik tanah memegang kepentingan 30 peratus, katanya.

“Perbincangan sedang dilakukan dengan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (Pelita), milik kerajaan negeri dan Permodalan ASSAR Sdn Bhd, satu syarikat pegangan pelaburan milik kerajaan dan para pelabur yang berpotensi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tambahan pula, katanya kerajaan negeri juga merancang melaksanakan beberapa projek perumahan di Demak Laut, yang termasuk 171 unit rumah mampu dimiliki.

See also  Discover modern living at TuJu Residences & Retail

Perbandaran Bako yang sedang dimajukan di dalam beberapa peringkat sejak  1991 dijangka disiapkan sepenuhnya menjelang 2030, kata Dr Abang Abdul Rauf, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Demak Laut.

Projek ini susulan Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud menarik balik pembekuan 1,200 hektar tanah di Bako, Sarawak.

Tahah tersebut, yang sebelum ini telah dibeku untuk lebih 30 tahun di bawah Seksyen 47 Kanun Tanah Sarawak, akan dibangunkan oleh sektor swasta.

“Semua tanah yang dibekukan di Bako akan saya tarik balik agar ia boleh dibangunkan mengikut pelan pembangunan kerajaan termasuk tapak perindustrian dan tempat kediaman, infrastruktur, rekreasi dan taman… Kita akan berikan pelan untuk anda bangunkan,” kata Taib.

See also  Exclusive waterfront living at Lightwater Residences

– Bernama