Melihat demonstrasi Hindraf baru-baru ini, kesimpulan boleh dibuat bahawa banyak telah berubah sejak demonstrasi mereka pada 2007 yang menyaksikan lebih 30,000 orang hadir
Pada tahun 2007, sememangnya polis telah menggunakan gas pemedih mata dan juga bom air untuk meleraikan demonstrasi tersebut yang mana kejadian ini telah disiarkan oleh Al-Jazeera.

” Jadi perhimpunan ini tak perlu diadakan langsung kerana ia akan membangkitkan kemarahan dan ketegangan kaum,” kata Shukri.
Apa yang perlu dilakukan hanyalah melakukan pembetulan sekiranya novel tersebut benar-benar menyentuh sensitiviti kaum, katanya lagi sambil menambah bahawa beliau singgah sebentar di KLCC dalam perjalanannya ke Klang untuk menyaksikan sendiri demonstrasi tersebut.
Dan seorang lagi orang awam yang enggan namanya disiarkan berkata beliau sebenarnya menjangkakan ramai orang akan turut serta dalam demontrasi tersebut.








