Sebanyak 10,000 buku “Encylopedia of? Who’s Who Under The Administration of Shah Alam City Council” akan diedarkan?secara percuma kepada semua pihak, kata Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md? Noor.
Beliau berkata ensiklopedia tersebut akan diedarkan misalnya kepada agensi?kerajaan, pihak berkuasa tempatan, kedutaan asing, pusat pelancongan,?perpustakaan dan institusi pengajian tinggi.
“Ensiklopedia ini antara lain memapar kejayaan 100 syarikat korporat atau?organisasi perniagaan terulung di dalam kawasan pentadbiran MBSA (Majlis?Bandaraya Shah Alam) selain maklumat mengenai 1,000 syarikat perniagaan atau?perdagangan yang lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mazalan berkata ensiklopedia berkenaan dijangka mula diedar Julai ini.
– Bernama