Sindiket penyeludupan tenggiling antarabangsa dilumpuhkan

Sindiket penyeludupan tenggiling antarabangsa dilumpuhkan

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pulau Pinang yakin telah melumpuhkan sindiket penyeludupan tenggiling antarabangsa apabila merampas 135 ekor tenggiling bernilai kira-kira RM100,000 dalam serbuan di sebuah premis yang dijadikan stor binatang di Sungai Dua di sini hari ini.

Pengarah Perhilitan negeri Jamalun Nasir Ibrahim berkata dua lelaki berusia dalam lingkungan 30-an turut ditahan ketika sedang menjalankan transaksi tenggiling berkenaan dalam serbuan kira-kira 2.15 pagi itu.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn citizen journalism with AI tools, get published on cj.my, and earn up to RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting July 2026 · KL / JB / Penang

“Siasatan awal mendapati tenggiling-tenggiling itu adalah spesies tempatan yang diperoleh dari seluruh negara dan ia disimpan dalam stor itu sebelum diekspot menerusi jalan darat untuk dijadikan makanan eksotik ataupun ubat-ubatan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, Perhilitan turut merampas sebuah kereta yang telah diubah suai bagi tujuan menyembunyikan reptilia itu dan ia adalah rampasan tenggiling yang terbesar setakat ini.

Katanya harga tenggiling yang tinggi, iaitu lebih RM200 sekilogram, dipercayai menjadi pendorong utama aktiviti penyeludupan itu.

Kedua-dua lelaki itu akan disiasat mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010 kerana memiliki binatang liar yang dilindungi sepenuhnya dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang dari RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Jamalun Nasir berkata, tenggiling yang dirampas itu akan dilepaskan ke Taman Negara Pulau Pinang.

— Bernama