Timbalan Menteri puas hati dengan sokongan penduduk Jasin untuk BN

Timbalan Menteri puas hati dengan sokongan penduduk Jasin untuk BN

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menyusun lebih 100 program turun padang untuk meninjau dan membantu penduduk di ladang, kampung baru dan kampung terpencil di Melaka dan Negeri Sembilan pada tahun ini.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menyusun lebih 100 program turun padang untuk meninjau dan membantu penduduk di ladang, kampung baru dan kampung terpencil di Melaka dan Negeri Sembilan pada tahun ini.

Timbalan Menterinya Maglin Dennis D’Cruz berkata menerusi program itu maklum balas masalah penduduk dapat dikenalpasti untuk diberikan bantuan sewajarnya.

” Dalam program saya ke Melaka sebagai contoh tidak banyak masalah secara keseluruhan cuma dari segi kesihatan dan pelajaran bagi mereka yang hendak masuk ke universiti,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Ladang Kempas, Chinchin.

Beliau melakukan kunjungan rumah ke rumah dan menyerahkan hamper bagi penghuni Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal di ladang itu yang mempunyai hampir 50 keluarga majoritinya penduduk keturunan India.

See also  Forest City gains momentum with high-profile visit

Ladang Kempas itu terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang akan menghadapi pilihan raya kecil pada 6 Mac depan.

D’Cruz berkata beliau berpuashati dengan sokongan penduduk di ladang itu kepada Barisan Nasional (BN) ekoran hasil maklumbalas dari lawatan beliau tersebut.

” Saya meminta mereka dan masyarakat India keseluruhannya untuk menyokong BN sebagai pernyataan terbaik kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri,” katanya yang juga naib presiden kanan parti PPP.

Beliau berkata menerusi undi itu kerajaan boleh membantu mereka dalam pelbagai perkara Turut hadir dalam lawatan itu ialah Pengerusi MIC Melaka R.Perumal dan Pengerusi PPP Melaka Chiw Tiang Chai.

-Bernama