Selepas Hari Valentine, bayi dibuang lagi

Selepas Hari Valentine, bayi dibuang lagi

Mayat bayi lelaki yang cukup sifat ditemui oleh orang awam di dalam sebuah beg plastik yang terikat kemas di tepi Sungai?Kayu Ara berdekatan stesen televisyen TV3 di Damansara Utama.

Mayat bayi lelaki yang cukup sifat ditemui oleh orang awam di dalam sebuah beg plastik yang terikat kemas di tepi Sungai? Kayu Ara berdekatan stesen televisyen TV3 di Damansara Utama.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata bayi lelaki?bersama urinya itu ditemui oleh seorang lelaki yang ingin memancing ikan di?sungai berkenaan pada 3.30 petang.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Lelaki itu yang tidak tahan dengan bau busuk dari beg itu telah membukanya?dan mendapati mayat bayi lelaki, katanya kepada pemberita di tempat kejadian di?sini hari ini.

“Kita percaya bayi berkulit sawo matang dan baru dilahirkan itu mati?dalam tempoh 24 jam lepas,” katanya dan menambah tiada barangan lain ditemui?bersama bayi malang tersebut.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian itu untuk?menghubungi balai polis berdekatan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Arjunaidi berkata bayi itu dihantar ke Pusat Perubatan Universti Malaya?(PPUM) untuk dibedah siasat.

– Bernama