Opinion: Mahasiswa tuntut ketelusan proses pilihanraya kampus

Opinion: Mahasiswa tuntut ketelusan proses pilihanraya kampus

Pilihanraya Kampus dilihat sebagai platform terbaik untuk membina kredibilti mahasiswa wibawa maka ketelusan dalam pilihanraya kampus merupakan wadah ampuh ke arah mendukung idealisme mahasiswa.

Pilihanraya Kampus dilihat sebagai platform terbaik untuk membina kredibilti mahasiswa wibawa maka ketelusan dalam pilihanraya kampus merupakan wadah ampuh ke arah mendukung idealisme mahasiswa.

Ia berpaksikan prinsip kebenaran dan keadilan dalam memperkasakan kualiti kecemerlangan akademik dan kebersamaan mahasiswa serta membela hak-hak mahasiswa di samping menaburkan khidmat bakti kepada universiti dan masyarakat.

PRINSIP BERHUBUNG PILIHANRAYA KAMPUS

Merujuk kepada Peraturan 7 (4) (a) Buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)  Universiti Putra Malaysia (UPM) Sesi 2011 menyebut:

7(4) : Jawatankuasa pelaksana Pemilihan MPP hendaklah mempunyai fungsi dan kuasa berikut:-

(a) merancang, mentadbir, menyelaras dan mengawal selia proses perjalanan pemilihan MPP dan semua perkara berkaitan dengannya.

(b) mengeluarkan apa-apa arahan mengenai perjalanan pemilihan MPP dan mengambil apa-apa langkah yang difikirkan patut bagi memastikan sesuatu pemilihan berjalan dengan lancar dan teratur;

Atas rasa tanggungjawab serta keprihatinan sebagai mewakili suara seluruh mahasiswa Universiti Putra Malaysia, mahasiswa berasa terpanggil untuk bertanggungjawab dalam soal keadilan dan kebenaran di kampus.

Apatah lagi, terdapat unsur-unsur campur tangan pihak tertentu dalam perjalanan PRK yang dilihat berat sebelah.

See also  WOU celebrates the success of 805 graduates at 2024 Convocation

Oleh itu, kami menuntut perubahan serta tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak yang berkenaan terutama daripada Datuk Naib Canselor sendiri, berasaskan tuntutan di bawah bagi memastikan pemilihan MPPUPM bagi sesi 2011 ini berjalan dengan efektif.

BEBERAPA PENJELASAN TERHADAP TUNTUTAN KETELUSAN DALAM PROSES PILIHANRAYA KAMPUS SESI 2011

1) PENYIARAN NOTIS TIDAK SEPERTI YANG DINYATAKAN DALAM BUKU PERATURAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PEMILIHAN MPP 2011

1.1 Notis penyiaran tempoh bantahan dan rayuan terbaru tidak ditampal, tetapi hanya diberitahu secara lisan oleh ahli JKP tanpa memberitahu tempoh masa berakhir bantahan.

1.2 Kaunter bantahan ditutup pada sekitar jam 3.30 pm tanpa dimaklumkan secara hitam putih.

1.3 Ahli JKP (secara lisan, tanpa hitam putih) meminta calon hadir bersama pencadang dan penyokong untuk membuat bantahan sedangkan di dalam buku peraturan tidak dinyatakan peranan pencadang dan penyokong ketika proses bantahan.

2) URUSAN PEMBATALAN PENCALONAN YANG DIURUSKAN OLEH JAWATANKUASA RAYUAN PEMILIHAN MPP YANG TIDAK BERINTEGRITI.

2.1 Tempoh pembantahan terlalu singkat sedangkan pilihan raya kampus dibuat dalam waktu peperiksaan sementara tempoh jawapan bantahan terlalu lambat. Penggunaan masa yang tidak relevan seolah-olah sengaja menyusahkan calon.

See also  Commercialising university innovation with the spinout business

2.2 Pembatalan atas alasan yang remeh seperti masalah ESMP yang tidak lengkap yang sepatutnya menjadi tanggungjawab universiti dijatuhkan keatas pelajar.

2.3. Pembatalan atas alasan yang remeh ini ternyata merendah-rendahkan kredibiliti calon yang bertanding dalam pilihanraya di peringkat Universiti

Justeru, kami mahasiswa mengemukakan beberapa tuntutan serta cadangan bagi isu ini :

• Kami mendesak agar pilihanraya kampus pada sesi 2011 ditangguhkan dengan kuasa yang ada pada NC seperti yang termaktub dalam peraturan 3 (a), sehingga jaminan pilihanraya bersih dapat diberikan kepada seluruh mahasiswa

• Kami mendesak agar NC dengan kadar segera menukar pengerusi jawatankuasa induk pemilihan MPP kerana gagal memastikan jawatankuasa induk pemilihan MPP sesi 2011 melaksanakan tugasan mereka seperti yang terkandung dalam peraturan 7 (4)(a) dan perkara 7 (4)(b)

– Kenyataan ini adalah hasil nukilan  pandangan Pro Mahasiswa UPM dan di sokong oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)