Kerja meroboh penempatan 38 kuarters Batu Estet, Segambut, yang dijadualkan berlangsung hari ini ditangguhkan selama tempoh dua minggu.
Keputusan itu dicapai selepas wakil penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengadakan pertemuan dengan peguam mewakili penduduk.
Lebih 100 anggota penguatkuasa DBKL termasuk dua buah jentolak dilihat berada di kawasan penempatan Batu Estet kira-kira jam 9 pagi.
Walaupun cuaca di kawasan tersebut redup tetapi situasi ketika itu agak sayu.
Komunitikini mendapati beberapa orang warga emas merupakan “orang lama” berbual sesama mereka sambil duduk dikerusi berhampiran rumah mereka.
Pada Feb tahun lalu, penduduk Batu Estet dijanjikan menerima wang sagu hati perpindahan sebanyak RM1,000.