Seorang anggota tentera berusia 39 tahun dan pasangannya wanita berusia 24 tahun antara yang ditahan dalam operasi cegah maksiat Masjid Al-Muhtadeen Damansara Damai awal pagi semalam.
Ketika serbuan dibuat wanita itu yang tidak mempunyai seurat benang pada tubuh melarikan diri ke dalam tandas.
Ketika disoal siasat anggota tentera itu mengakui sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak memberi alasan mahu berehat bersama adik angkatnya yang merupakan penuntut sebuah institut pengajian tinggi di hotel terbabit.
Imam Masjid Al- Muhtadeen Mohd Fadhil Mohd Nor berkata pasangan itu menyewa bilik hotel tersebut dengan harga RM 70 semalam.
“Melalui pemantauan yang telah dibuat dikawasan itu, pasangan terbabit mengambil kesempatan menyewa hotel di situ kerana keadaannya yang agak tersembunyi,”katanya.
Di lokasi yang sama juga sepasang kekasih masing-masing berusia 24 tahun diberkas ketika cuba hendak melarikan diri.
”Kedua-duanya mengaku menyewa bilik pada kadar harga RM 25 satu jam dan sudahpun membayar RM 60 semata-mata membuat hubungan seks,” katanya.
Dalam operasi di Apartment Saujana Damansara , dua orang warga Indonesia berusia 28 dan 24 tahun yang sedang leka bercumbu.
Kedua-dua pasangan itu terperanjat dan cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap semula.
Sementara itu di Apartment Idaman, dua pelajar sekolah berusia 16 dan 14 tahun ditangkap oleh jawatankuasa biro keselamatan ketika duduk berdua-duaan di tempat gelap antara blok.
Ketika disoal remaja lelaki berusia 16 tahun itu mahu memberikan hadiah kepada kekasihnya sempena hari ’valentine’.
”Rata-ratanya yang ditahan dalam operasi tersebut adalah ’orang luar’ dan mereka menjadikan Damansara Damai kerana dikawasan ini terdapat hotel bajet yang memudahkan mereka untuk buat maksiat dan dari apa yang kita lihat juga hotel bajet ini juga tidak mempunyai lesen untuk beroperasi,”katanya
Operasi bermula jam 1 pagi dan berakhir jam 3 pagi.