Pro-M Unisel menang tanpa bertanding pilihan raya kampus

Pro-M Unisel menang tanpa bertanding pilihan raya kampus

Seramai 100 mahasiswa menyertai `perarakan demokrasi kampus` dengan mengiringi calon Universiti Industri Selangor (Unisel) pada pilihan raya kampus tahun ini.

 

Seramai 100 mahasiswa menyertai `perarakan demokrasi kampus` dengan mengiringi calon Universiti Industri Selangor (Unisel) pada pilihan raya kampus tahun ini.

Mereka hadir bagi memberi sokongan padu kepada calon Unisel mendahului kampus lain mengadakan pilihan raya kampus di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Hilman Idham berkata, sebanyak 16 kerusi dipertandingkan pada pilihan raya kampus tahun ini.

Menurutnya, daripada 16 kerusi itu, 12 daripadanya adalah kerusi umum manakala empat lagi kerusi universiti.

“Unisel menjadi universiti pertama mengadakan sesi penamaan semalam sehingga 26 Januari ini,” katanya.

Turut hadir ketika penamaan calon berlangsung adalah presiden SMM, Shazni Munir Mohd Ithnin, dan Majlis Politik Nasional (GAMIS) Shukri Abd Razab.

See also  APU and apoQlar to transform XR healthcare education

Pertandingan itu menyaksikan Pro-M Unisel menang tanpa bertanding dengan menyapu bersih 12 kerusi umum.

Ini merupakan kali kedua Pro-M Unisel memenangi pilihan raya kampus diadakan di universiti itu selepas diadakan pada tahun lalu.

 

Memetik laporan UMtoday sehingga lewat tengahari semalam, seramai 14 calon umum dan 4 calon fakulti dimaklumkan bakal bertanding ketika penamaan calon sebentar tadi dan kesemua calon tersebut adalah daripada Pro-Mahasiswa Unisel.

Sementara ituPengerusi Pro-M Nasional, Mohd Taufiq Abdul berkata momentum kemenangan Pro-M di Unisel dibawa ke kampus seluruh negara.

Malah, beliau berharap kepada Pro-M di seluruh kampus lain dapat menjadikan kemenangan ini sebagai pembakar semangat.

“Yang penting kita jangan berada dalam keadaan selesa lagi, perjuangan masih awal, banyak lagi yang perlu kita buat untuk terus mengubah landskap kepimpinan akan datang di semua kampus,” katanya.

See also  Trip.com Malaysia hosts inaugural ‘Green Travel Fun Run’