Unisel anjur battle of the band Sabtu ini

Unisel anjur battle of the band Sabtu ini

Hasril berkata, kehadiran band jemputan seperti Colours, The UM Boys serta Manai Band pasti akan menghangatkan lagi suasana pertandingan tersebut.

Universiti Industri Selangor (Unisel) menerusi Japanese Associate Degree (JAD) akan menganjurkan pertandingan Projek ’Battle Of The Band Ver: JAD 2010’  bertempat di Dewan Serbaguna kampus Unisel, Shah Alam pada  Sabtu ini.

Pemangku Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Hasril Abu Hassan berkata projek ini diadakan bertujuan bagi memberi ruang kepada pelajar-pelajar untuk beriadah dan berinteraksi melalui bidang seni muzik.

Menurutnya, Pertandingan ini adalah terbuka kepada pelajar-pelajar JAD yang sedang dalam pengajian peringkat Diploma di Unisel, Shah Alam.

“Sebanyak 70 peratus markah akan diadili oleh juri professional manakala selebihnya pula akan diadili oleh undian penonton semasa pertandingan berlangsung yang bermula jam 8.30 malam.

See also  Balan Kash bridges cultures with Malay-language album CEKAP

“Setiap peserta dan kumpulan diwajibkan membawa tiga buah lagu yang berkonsepkan Cinta, Jepun, Inggeris dan Bebas,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Hasril berkata, antara kumpulan yang akan bertanding pada malam tersebut ialah Absolute Zero, Moshi-Moshi, Apples, Math-Trich serta ramai lagi.

Selain itu, menurutnya,  kehadiran band jemputan seperti Colours, The UM Boys serta Manai Band pasti akan menghangatkan lagi suasana pertandingan nanti.

“Selain memberi ruang kepada pelajar-pelajar beriadah ianya juga dapat melahirkan insan yang bukan sekadar tinggi ilmiahnya tetapi juga bakat seni yang disalurkan dan ditunjukkan pada cara yang lebih santai dan beradab.

“Di samping itu, projek ini juga dapat melahirkan suasana pertandingan secara sihat serta membina sahsiah diri dan juga menghidupkan suasana sosial yang lebih harmonis dikalangan pelajar serta masyarakat sekitar,” ujarnya.

See also  The Exchange TRX unveils Sparkle & Splendour