Kaji pembukaan semula sekolah September ini

Kementerian Pendidikan Malaysia dipohon untuk mengkaji semula pembukaan semula sekolah yang akan dilakukan pada 1 September ini.

Ini memandangkan bilangan kes COVID-19 masih di tahap membimbangkan apabila kes positif telah mencecah sebanyak 20,780 kes pada 11 Ogos 2021.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu kenyataan berkata membenarkan anak-anak kembali ke sekolah dalam keadaan sebegini mengundang risiko tinggi.

“Apa lagi bila imunisasi ratusan ribu guru masih lagi belum menyeluruh. Kerajaan juga belum lagi melaksanakan imunisasi kepada remaja berumur 12 ke 18 tahun.

“Jika keputusan pembukaan sekolah secara menyeluruh dan serentak ini dilaksanakan juga, maka ia secara langsung akan meletakkan sistem kesihatan kita pada tahap kelumpuhan yang serius.

See also  APU and apoQlar to transform XR healthcare education

“Bilangan kes COVID-19 dalam negara kita kini pada tahap yang tertinggi pernah direkodkan. KPM perlu mengambil keputusan secepat mungkin untuk mempertimbangkan penangguhan sekolah September ini,” katanya.

Naib Presiden Kebangsaan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Dzul Aiman Zulkefly pula berpandangan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) harus diberi kuasa autonomi dalam membuat keputusan dengan menimbang kesediaan lokaliti sesuatu tempat.

PKPIM telah mencadangkan pembukaan sekolah hanya perlu dilakukan di kawasan hijau berdasarkan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pembukaan ini perlu memfokuskan kepada pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“PKPIM berharap agar pihak KPM bersedia untuk membuka ruang kerjasama yang lebih padu, holistik dan kolaboratif, duduk semeja dengan semua pemegang taruh dan pihak berkepentingan dalam menangani krisis pendidikan pasca pandemik,” katanya.

See also  APU rises to Top 4 in ASEAN Private University Rankings
Avatar photo

Admin

CJ Editor writes, edits and publishes stories and press releases. Please contact for any queries or press release submissions.