Dr Rafick: Penubuhan PPHTM ditekan kerajaan

Dr Rafick: Penubuhan PPHTM ditekan kerajaan

NGO mewakili pemilik unit rumah terbengkalai dengan nama Abandoned Property Owners Malaysia (Victims) menjelaskan bahawa NGO berkenaan sebenarnya mengemukakan pendaftaran menggunakan nama Persatuan Pemilik Hartanah Terbengkalai Malaysia (PPHTM).

NGO mewakili pemilik unit rumah terbengkalai dengan nama Abandoned Property Owners Malaysia (Victims) menjelaskan bahawa NGO berkenaan sebenarnya mengemukakan pendaftaran menggunakan nama Persatuan Pemilik Hartanah Terbengkalai Malaysia (PPHTM).

Pengerusinya, Dr Mohd Rafick Khan Abd Rahman berkata permohonan itu dibuat sejak lapan bulan dengan nama PPHTM dan nama Victims tidak tercatat dalam borang permohonan.

“Sehubungan itu, isu dinyatakan ROS (mengenai permohonan) menggunakan (nama) Victims tidak timbul sama sekali,” katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini semalam.

Jelasnya, kumpulan itu hanya menggunakan nama Victims di kalangan mereka memandangkan nama itu mudah untuk disebut.

PPHTM juga telah mengemukakan rayuan permohonan untuk mendaftarkan nama pertubuhan berkenaan pada 17 September lalu, katanya.

Sehubungan itu, Dr Mohd Rafick berkata kenyataan penolong pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Pang Chin Fang berhubung penolakan permohonan daftar nama pertubuhan tersebut tidak memberi gambaran sebenar.

See also  Canon extends partnership with Taman Tugu for Earth Day

‘Tekanan KPKT’

Sebaliknya, beliau mendakwa bahawa permohonan itu ditolak susulan daripada bantahan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Bantahan itu dibuat kerana pegawai KPKT bimbang pembeli akan menekan agensi tersebut memandangkan KPKT merupakan agensi yang bertanggungjawab ke atas projek perumahan dan juga pemulihan projek terbengkalai di negara ini,” katanya.

Dr Mohd Rafick berkata, KPKT juga sepatutnya menyokong permohonan berkenaan memandangkan ia merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah perumahan terbengkalai.

“Ada perkara yang kerajaan tidak boleh jalankan tetapi NGO boleh buat. Dengan bergabung tenaga, kita boleh menjadikannya win-win situation kepada semua,” tambahnya.

Dalam pada itu, Dr Mohd Rafick turut mengulas kenyataan Pang semalam mengenai keputusan ahli jawatankuasa ROS yang mendapati nama persatuan itu “mengelirukan” dan mempunyai nama dan peranan yang serupa dengan satu pertubuhan didaftarkan sebelum ini.

See also  Tetra Pak, IOI Plantation launch UBC recycling initiative

Beliau mendakwa, perkara itu telah dijelaskan kepada ROS dalam rayuannya.

“Berdasarkan penjelasan lisan dari pengawai JPPM Putrajaya, kami diberitahu bahawa fungsi pertubuhan itu sama dengan Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah (NHBA).

“Rekod akan menunjukkan bahawa ketika kami menyediakan permohonan untuk menubuhkan PPHTM, ia dibuat dengan rundingan bersama NHBA.

“Kami telah menunjukkan perbezaan signifikan di antara pertubuhan kami dengan NHBA berasaskan nama, objektif dan kriteria keahlian (dalam rayuan),” katanya lagi.

Pang ketika dihubungi petang ini bagaimanapun enggan mengulas ketika diminta menjelaskan kekeliruan yang timbul berkenaan status sebenar pendaftaran PPHTM dan Victims.