Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanya RM650,000 untuk membiayai sejuta buku latihan yang akan diberikan kepada pelajar yang kurang berkemampuan diseluruh Negeri Selangor.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves Y.B Amiruddin Shari berkata “Kerajaan Negeri sentiasa bercita-cita untuk membantu meringankan kesusahan rakyat dinegeri selangor ini”.
“Oleh itu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr. Xavier Jayakumar berkata, penyerahan buku latihan itu merupakan tanda keperihatinan Kerajaan Negeri kepada golongan fakir miskin, pendapatan rendah RM1500 kebawah”.
Katanya lagi, “Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) akan meneruskan agenda kerajaan Negeri untuk tahun ketiga bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan. Rakyat yang tersenarai dalam golongan tersebut akan menerima buku latihan sebanyak 20 buah buku seorang. 14,000 buah buku latihan akan diberikan kepada 700 pelajar sekolah rendah dan menengah di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Selangor sebelum sesi persekolahan 2011 dibuka”.
Terdahulu, Kerajaan Negeri bukan sahaja membantu pelajar bahkan rakyat diselangor telah pun mendapat berbagai manfaat dengan hasil usaha daripada pentadbiran kerajaan negeri selangor pada masa ini untuk dikongsi bersama rakyat.
Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor, (TAWAS) bantuan kemasukan IPT, pemberian air meter padu percuma, bantuan ibu tunggal dan sebagainya telah pun diberikan kepada rakyat bagi meringankan bebanan mereka, katanya semasa dalam majlis perasmian Hari Mesra JKP Zon 13 & 14 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Dewan JKKK Kg Baru Batu Caves, disini pagi semalam.
Sementara itu, Utz Hasbullah Ridzuan Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon 13, berkata selain mengadakan hari mesra MPS, diadakan juga Pertandingan Futsal, manakala seramai 45 orang kanak-kanak telah menyertai Pertandingan Mewarna diantara umur 5-12thn bagi mengcungkil bakat mereka yang sediaada.
Disamping itu, diadakan juga majlis penyerahan sijil penghargaan kepada AJK JKP yang telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik selama berkhidmat di zon kawasan ini.
Menurutnya lagi, Kaunter pemeriksaan kesihatan juga dibuka untuk rakyat yang hadir. Mereka diberikan rawatan kesihatan pecuma dan paling meriah sekali diadakan Majlis berkhatan Tradisional beramai – ramai. Seramai 36 orang kanak – kanak diantara umur 7-12 tahun telah menyertai majlis tersebut.
Bagi memeriahkan majlis ini Momtaj semburan air kepada kanak-kanak telah dilakukan untuk menyejukkan mereka sebelum majlis berkhatan dilaksanakan. Mereka diiringi dengan menaiki lori dan irama kompang untuk mengelilingi di sekitar Kawasan DUN Batu Caves.
Hasbullah berkata “Alhamdulilah, dengan kerjasama semua pihak terutamanya rakyat sekitar zon 13 dan zon 14 MPS, Bomba, Polis, Pejabat Kesihatan maka program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa mengira parti. Semoga program yang dianjurkan oleh JKP/MPS untuk menyatukan rakyat terus dapat dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak”, ujarnya.
Sementara itu, Adik Abd Rahim B Ahmad Hussin 11thn yang telah menyertai program berkhatan beramai-ramai menyatakan perasaan gembira kerana buat pertama kalinya dapat naik lori beramai-ramai dengan rakan-rakan sebaya.
Menurutnya lagi kami telah diarak dengan irama kompang sepanjang jalan dan kemudiannya diberi peluang untuk bersalaman dengan pimpinan disini terutamanya ADUN Batu caves, Ahli-ahli Majlis Zon 13 & 14 MPS, Ketua Kg, Nazir Masjid Tmn Amaniah. Dengan perjumpaan seperti ini kami dapat mengenali saf-saf pimpinan di zon kami.
“Ibu dan ayah saya juga telah menyarankan agar melakukan khatan secara tradisional, katanya agar dapat mengekalkan adat istiadat melayu. Lagipun program ini dibayar dengan murah sahaja dengan harga RM60. Kalau diklinik swasta sudah pasti harganya RM150 seorang. Dengan pendapatan ibuayah saya, mungkin tidak mampu untuk membiayai kos tersebut”.