Cicak Tokek masih menjadi kegilaan

Harga Cicak tokek dewasa seberat 30 gram kononnya boleh mencecah RM450,000 dan 900 gram ke atas boleh dijual sehingga RM75 juta.

Reptilia cicak tokek atau Gecko Tokey, merupakan reptilia yang tidak asing lagi terutama kepada pencinta haiwan eksotik.

Warna kulitnya yang terang dan berlorek serta struktur kulit yang agak kasar menjadikan tokek berbeza daripada cicak biasa yang boleh didapati di dalam rumah.

Jari tokek yang agak lebar menjadikanya pendaki yang kuat dan bantu menampung badannya yang berat pada permukaan menegak untuk jangka masa yang panjang. 

Panjang tubuh tokek jantan dewasa dapat mencapai ukuran sekitar 20 – 30 sentimeter (cm) manakala yang betina dapat mencapai ukuran yang lebih panjang iaitu sekitar 33 – 40 cm.

Jangka hayat reptilia ini adalah selama 10 tahun tetapi ada yang dapat hidup sehingga 20 tahun dengan penjagaan yang betul. 

Mencari Cicak Tokek

Spesies haiwan ini boleh ditemui secara semulajadi di kawasan Asia terutamanya negara negara Asia Selatan, Asia Tenggara serta Oseania seperti Bangladesh, India, Malaysia, Indonesia dan Papua New Guinea.

Tokek dipercayai diperkenalkan di sebahagian kepulauan Caribbean dan Hawaii pada sekitar tahun 80’an dan 90’an melalui perdagangan haram.

Habitat asalnya merupakan di dalam hutan hujan tropika dan biasanya hidup di pokok-pokok tinggi dan tebing. 

Disebabkan penerokaan hutan, haiwan ini telah mengadaptasi untuk hidup berhampiran manusia seperti di kawasan perumahan kampung serta kebun.

Tokek bertelur dengan melekatkan telur tersebut pada celah-celah batu, pokok dan dinding rumah. Telurnya akan dijaga oleh tokek dewasa dan akan menetas di dalam dua hingga tiga bulan.

See also  APU students honoured for animal welfare efforts

Bunyi “to-kay”

Tokek terkenal dengan bunyinya yang bernada nyaring, seakan menyebut perkataan “to-kay”. 

Tokek jantan akan mengeluarkan bunyi yang kuat untuk memikat pasangannya semasa musim mengawan. Apabila diancam, ia bertahan dengan membuka mulutnya sambil mengeluarkan bunyi seakan ‘menyalak’. 

Mengikut kajian, tokek didapati dapat menyesuaikan bunyinya mengikut bunyi bising di persekitarannya supaya senang didengari. 

Keunikan bunyinya menyebabkannya dikaitkan dengan pelbagai maksud dan kepercayaan. Sebagai contoh bunyi tokek sebanyak 4 kali dipercayai membawa kesusahan manakala bunyi tokek sebanyak 7 kali dipercayai membawa nasib baik di masa depan. 

Bahaya Gigitan

Tokek tinggal secara bersendirian di habitat asal dan akan berlawan untuk berebut wilayah apabila berjumpa dengan tokek lain. Ia hanya mencari pasangan semasa musim mengawan.

Walaupun tidak berbisa, kepalanya yang besar serta rahang yang berotot menjadikan gigitan tokek sangat kuat. Gigitan tokek jantan yang bersais besar mampu menusuk kulit manusia serta mengakibatkan pendarahan. Ini menjadikan tokek tidak sesuai untuk dipelihara oleh penjaga yang tidak pengalaman.

Makanan Cicak Tokek

Tokek memburu pada waktu malam untuk mencari makanan. Serangga kecil seperti lalat, cengkerik dan cacing merupakan antara makanan kegemarannya. 

Terdapat masyarakat yang menghormati tokek kerana ia memakan haiwan yang berbahaya seperti lipan dan kala jengking.

Cicak tokek yang dibela biasanya dicampurkan sedikit kuning telur dan madu di dalam makanan untuk menjaga berat badannya.

See also  APU students honoured for animal welfare efforts

Harga tokek di malaysia

Terdapat dakwaan yang viral sekitar awal 2000-an bahawa tokek mengeluarkan enzim khas dari air liur yang mujarab dan dapat menyembuhkan penyakit maut seperti AIDS dan barah.

Dakwaan ni menjadikan tokek menjadi rebutan puluhan penternak walaupun keberkesanan tokek sebagai penawar untuk penyakit tertentu masih belum terbukti mengikut kajian saintifik.

Ramai yang teruja sehingga ke hutan untuk menangkap tokek kerana percaya kononnya reptilia itu boleh dijual hingga mencecah harga puluhan juta ringgit seekor.

Dimaklumkan bahawa harga seekor tokek dewasa boleh mencecah RM450,000 jika beratnya mencapai antara 380 gram malah reptilia yang mencapai berat 900 gram ke atas boleh dijual sehingga RM75 juta seekor.

Permintaan tokek menjadi amat tinggi sehingga menyebabkan ia menjadikannya antara haiwan liar yang paling banyak diseludup di pasaran gelap.

Ini menyebabkan pihak berkuasa bertindak menyenaraikan cicak tokek sebagai spesis haiwan yang dilindungi dan adalah menjadi suatu kesalahan untuk memilikinya tanpa permit yang sah.

Jika didapati bersalah, tertuduh dapat dikenakan denda tidak kurang RM30,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak kurang enam bulan atau maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 41(2) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang buat kali ke-95 juga telah memutuskan bahawa ianya adalah haram untuk memakan dan berubat cicak tokek menurut Islam.

Avatar photo

Admin

CJ Editor writes, edits and publishes stories and press releases. Please contact for any queries or press release submissions.