Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora telah memberi amaran bahawa pasukan harimau selatan akan “memakan” pasukan lawan, KL City FC pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
“Kami tidak akan duduk diam dan menunggu apa yang akan jadi pada perlawanan itu nanti. Kami akan makan rumput dan juga pihak lawan dan cuba untuk menjaringkan gol.” Mora berkata pada sidang media pra-perlawanan semalam.
Pengendali dari Mexico itu menegaskan bahawa pasukannya akan melakukan serangan dan menjaringkan gol untuk tamatkan perlawanan dalam tempoh 90 minit.
“Kami akan keluar untuk menjaringkan gol. Cara untuk menang di final adalah mudah iaitu kami perlu menjaringkan gol. Kami ke final kerana mahu memenanginya.” katanya
Beliau berkata bahawa pasukan KL City FC cukup baik dan tersusun secara taktikal sejak jurulatih Bojan Hodak, yang pernah menjadi jurulatih JDT sebelum ini mengambil alih.
Mora juga berjangka perlawanan hari ini pasti sukar berdasarkan rekod kemenangan tipis 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim dan seri 1-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada Liga Super.
“Namun dua perlawanan itu cukup berbeza dengan apa yang bakal ditempuh pada 95 minit secara keseluruhan di atas padang esok.” katanya.
Mora juga menambah mentaliti kemenangan pada setiap perlawanan sudah menjadi tabiat dan budaya di JDT, yang telah menyingkirkan Terengganu FC di separuh akhir.
“Di JDT, kami perlu menang setiap pertandingan dan ini adalah tekanan yang begitu memuncak.” katanya.
JDT dijangka akan mempertaruhkan skuad terbaik dengan semua pemain bebas dari kecederaan kecuali Safiq Rahim yang telah digantung dari perlawanan.
JDT telah tewas kepada Pahang apabila mara ke final pada kali pertamanya di 2014 dan muncul juara pada 2017 dan 2019 dengan menewaskan Kedah.
Manakala pengendali KL City, Bojan Hodak berkata, status sebagai pasukan ‘underdog’ akan membantu pasukannya beraksi dengan lebih tenang.
“Mungkin kelebihan yang ada pada Kuala Lumpur adalah tidak pernah tewas di laman sendiri dan berharap rekod cemerlang itu dibawa ke perlawanan” Bojan berkata.