Kenali fungsi dan cara penggunaan tampon yang betul

Ramai wanita biasa memakai pembalut atau tuala wanita semasa haid, namun tampon juga merupakan salah suatu pilihan yang baik. Walaupun tampon biasa digunakan di luar negara, ramai di Malaysia tidak diberikan pendedahan mengenai tampon. Persoalan serta stigma terhadap tampon menyebabkan ramai kurang senang untuk menggunakannya.

Apakah Itu Tampon?

Tampon adalah sejenis pembalut wanita berbentuk silinder yang dibuat dari kapas yang lembut. Ia digunakan untuk menyerap aliran darah yang keluar semasa haid.

Apakah perbezaan tampon dengan tuala wanita.

Jika tuala wanita dipasang di permukaan faraj untuk menampung darah yang keluar, tampon pula perlu dimasukkan ke dalam saluran faraj bagi menyerap darah haid agar tidak keluar. Kebanyakan tampon mempunyai alat yang boleh digunakan untuk menolaknya kedalam saluran faraj.

Apakah cara penggunaan tampon yang selamat?

Seperti tuala wanita, tampon juga perlu ditukar pada setiap empat hingga lapan jam, bergantung kepada jumlah aliran haid. Ia juga adalah tidak digalakkan untuk memakai tampon semasa tidur. Ini kerana tampon yang digunakan untuk jangka masa yang lama dapat meningkatkan jangkitan bakteria.

Adakah penggunaan tampon menyakitkan?

Sebenarnya penggunaan tampon tidak menyebabkan sakit, malah ia selesa digunakan apabila seseorang telah biasa dengannya. Walaubagaimanapun adalah sukar untuk memasukkannya ke dalam saluran faraj pada peringkat awal. Ini kerana otot faraj boleh menjadi tegang apabila cemas. Oleh itu adalah penting untuk bertenang semasa memasukkannya. Adalah digalakkan untuk menggunakan tampon yang nipis serta alat penolak tampon supaya ia mudah dimasukkan.

See also  D'Tandoor Group hosts Hi-Tea for Breast Cancer Awareness Month

Apakah kaitan tampon dengan Sindrom Kejutan Toksid (Toxic Shock Syndrome – TSS)

Walaupun ia jarang berlaku, TSS merupakan jangkitan bakteria yang serius. Sindrom ini sering dikaitkan dengan penggunaan tampon, namun dapat dielakkan dengan menukar tampon dengan kerap. Ia juga dapat dicegah dengan menggunakan tampon yang bersaiz kecil dengan kadar penyerapan yang rendah. Antara gejala TSS ialah ruam merah yang tumbuh pada tubuh badan. Jika tidak dibawa ke hospital dengan awal, ia dapat membawa maut.

Bolehkah tampon sangkut atau hilang kedalam tubuh?

Terdapat tali pendek di hujung tampon untuk memudahkannya ditarik keluar. Walaubagaimanapun tali tampon itu boleh terputus dan menyebabkannya tersangkut. Jika ia berlaku, adalah dinasihatkan untuk cuba mengeluarkanya dengan sendiri terlebih dahulu. Tampon yang kering lebih mudah tersangkut kerana ringan manakala aliran darah dapat membantu mengeluarkannya. Jika ia tidak dapat dikeluarkan adalah penting untuk melawat doktor dengan segera. Ini kerana tampon yang lama dalam tubuh dapat meningkatkan risiko jangkitan bakteria.

See also  SMC, Samsung unveil 90-Day ‘Time to Move’ challenge

Adakah penggunaannya dapat memecahkan selaput dara?

Selaput dara adalah lapisan yang sangat nipis di bahagian bawah faraj. Biasanya ia berbentuk sabit dengan lubang kecil. Fungsinya adalah untuk mengeluarkan darah ketika haid. Semasa haid, selaput ini akan mengalami perubahan dengan menjadi lebih kenyal disebabkan hormon. Oleh itu risiko untuk selaput dara pecah semasa penggunaan tampon adalah kurang.

Tuala wanita atau tampon, yang mana lebih baik?

Kedua-dua tuala wanita dan tampon adalah selesa dan selamat untuk digunakan. Gabungan dua jenis produk ini boleh digunakan sepanjang tempoh haid, mengikut kesesuaian. Tampon lebih sesuai digunakan semasa menjalankan aktiviti harian seperti bersukan dan berenang. Manakala tuala wanita boleh digunakan pada waktu malam semasa tidur.

Memakai tampon adalah salah satu cara untuk menjaga kebersihan dan keselamatan semasa haid. Namun penggunaan yang betul adalah penting untuk menjamin keselamatan dan nyawa.

Avatar photo

Admin

CJ Editor writes, edits and publishes stories and press releases. Please contact for any queries or press release submissions.