Kerajaan S`gor selesaikan projek rumah terbengkalai sejak 10 tahun

Kerajaan S`gor selesaikan projek rumah terbengkalai sejak 10 tahun

Kerajaan Selangor perlu membelanjakan hampir RM120 juta untuk mengambil alih tanah seluas 900 ekar di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor, susulan kegagalan pemaju menyiapkan projek perumahan itu sejak tahun 2000.

Kerajaan Selangor perlu membelanjakan hampir RM120 juta untuk mengambil alih tanah seluas 900 ekar di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor, susulan kegagalan pemaju menyiapkan projek perumahan itu sejak tahun 2000.

Dalam satu kenyataan semalam, Pejabat Menteri Besar Selangor memperjelaskan kos itu melibatkan pengambilalihan 392 ekar tanah bernilai RM52juta untuk pembinaan 2,500 unit rumah kos rendah (KRK), tanah untuk pembinaan kolam tadahan air hujan (tangki air) seluas 294 ekar bernilai RM39.1 juta dan tanah untuk pembinaan Loji Rawatan Kumbahan seluas 214 ekar bernilai RM28.4 juta.

Kesemua kos berjumlah RM120 juta ini terkandung dalam cadangan penyelesain oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Selangor juga perlu mengeluarkan sejumlah peruntukan lain untuk membina infrastruktur bagi kemudahan dan menjamin keselesaan penduduk.

See also  Forest City Special Financial Zone to boost Johor’s growth

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, projek perumahan terbengkalai bukan saja menyusahkan pembeli tetapi juga menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa menanggung kerugian.

“Oleh kerana inilah, Kerajaan Negeri Selangor lebih berhati-hati dalam meluluskan sebarang projek perumahan bagi mengelak masalah ini terus berlaku. Kita hanya meluluskan projek perumahan jika pemaju mempunyai rekod baik.

“Pemaju perumahan yang bermasalah disenarai hitam dan tidak dibenarkan terlibat dalam projek pembangunan di Selangor,” katanya selepas mengadakan dialog dengan hampir 500 pembeli rumah Bandar Alam Perdana di Stadium Tertutup Kuala Selangor, semalam.

Menteri Besar berkata, pengambilalihan tanah dari pemaju terpaksa dilakukan kerana pemilik tanah telah menyerahkan secara sah untuk dibangunkan dengan projek perumahan

See also  Forest City Special Financial Zone to boost Johor’s growth

Projek Bandar Alam Perdana melibatkan projek pembangunan rumah kos rendah dan rumah teres telah terbengkalai sejak tahun 2002. Walaupun projek ini diluluskan Kerajaan Negeri ketika itu, status tanah belum ditukar dari tanah pertanian kepada pembangunan.

Kerajaan Selangor pada 24 Ogos 2009 telah bersetuju memberi kelulusan dasar kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengambil alih projek terbengkalai itu tetapi urusan dan kos pengambilan tanah perlu ditanggung Kerajaan Negeri.

Projek pemulihan rumah terbengkalai ini dijangka siap pada Oktober tahun depan.