Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas dihempap sekeping papan yang jatuh dari sebuah treler di km16.5 Jalan Maran-Jerantut.
Fahilah Aris, 44, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk di bahagian kepala, kata Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim.
Ketika kejadian 11.30 pagi semalam itu, Fahilah bersama seorang rakannya menunggang sebuah motosikal menuju ke arah Jerantut.
“Tiba di tempat kejadian ketika berselisih dengan treler itu, papan berkenaan terjatuh dan terkena mangsa. Rakannya membonceng motosikal itu hanya cedera ringan,” katanya.
Mohamed Fauzi berkata pemandu treler berkenaan kini ditahan untuk siasatan lanjut.
– Bernama