Bajet 2011: MBPJ tumpu penambahbaikan infrastruktur kemudahan asas

Bajet 2011: MBPJ tumpu penambahbaikan infrastruktur kemudahan asas

Lebih kurang 150 wakil persatuan penduduk, rukun tetangga dan ahli majlis menghadiri perjumpaan pembentangan bajet tahun 2011 di ibu pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam.

Lebih kurang 150 wakil persatuan penduduk, rukun tetangga dan ahli majlis menghadiri perjumpaan pembentangan bajet tahun 2011 di ibu pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam.

Timbalan Datuk Bandar, Puasa Md Taib berkata penduduk mengemukakan beberapa pandangan dan cadangan bernas  sepanjang sesi perbincangan itu berlangsung.

Menurutnya, hasil perbincangan diperolehi merupakan satu draf yang akan dikemukakan kepada kerajaan negeri pada penghujung bulan ini.

“Kami menerima draf pandangan yang membina daripada penduduk yang akan dicatatkan dan dikemukakan pada mesyuarat penuh MBPJ dijadualkan pada 23 Oktober ini,” katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan perbincangan bajet 2011.

Komunitikini mendapati sesi pembentangan bajet tahun 2011 bersama NGO berjalan begitu baik bermula seawal  jam 10.30 pagi dan berakhir kira-kira  1.30 tengahari.

Dasar tema bajet 2011 adalah `Daripada Rakyat, Kepada Rakyat, Untuk Rakyat’ yang telah diluluskan pada mesyuarat penuh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lalu.

Puasa berkata, pihaknya menjangkakan perbelanjaan bajet 2011 ini lebih menyeluruh kepada penambahbaikan infrastruktur kemudahan asas seperti jalan raya, longkang, parit dan sampah sarap.

Menurutnya, bagaimanapun, majlis daerah tempatan itu memperuntukan had sebanyak RM12 juta sebagai tambahan bayaran kepada syarikat dipertanggungjawab menguruskan sisa pepejal Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) berhubung pertambahan kawasan dan zon yang dilaksanakan pada tahun lepas.

See also  Malaysia ranks 4th globally in skyscraper count

Jelasnya, peruntukan pembangunan pada tahun ini dikurangkan kepada RM20 juta berbanding RM14 juta pada bajet tahun ini.

“Malah, kami bercadang untuk menggunakan rizab majlis sebanyak RM46 juta untuk tujuan menampung bajet pada tahun ini.

“Jumlah anggaran hasil sebanyak RM263 juta sementara perbelanjaan mengurus dianggarkan RM253 juta pada bajet 2011,” ujarnya.

Mengulas lanjut rungutan segelintir penduduk tidak menerima jemputan, Md Puasa berkata,isu itu tidak timbul kerana pihaknya telah menghantar surat jemputan diserahkan oleh kakitangan PBT itu tiga hari awal sebelum bajet 2011 diadakan.

“Presiden Gabungan Persatuan Penduduk Petaling Jaya (Apac), Johan Tung Abdullah akan dipanggil dalam mesyuarat yang akan diadakan kelak sebagai perantara mewakili seluruh penduduk Petaling Jaya.

“ Johan akan memberitahu kepada mereka  selepas hasil keputusan mesyuarat itu dicapai,”  jelasnya.

Sementara itu, Ahli majlis MBPJ Zon 7, Cynthia Gabriel berkata perbincangan bajet 2011 yang dibentangkan itu masih di peringkat permulaan.

Menurutnya, masih banyak lagi pendapat dan maklumat yang perlu ditambah sebelum ia menjadi satu bajet menyeluruh, mampan dan komprehensif.

“ Buat masa ini kita membentangkan draf bajet untuk mendapat pandangan penduduk. Dari segi prinsip membuka ruang kepada rakyat memberi pendapat semenangnya disokong oleh ahli majlis,” katanya.

See also  Forest City gains momentum with high-profile visit

Cynthia yang juga Setiausaha Gabungan Badan Bukan Kerajaan dan Profesional (Conpac) menasihati penduduk perlu mengemukakan pandangan yang diperlukan dan maklum balas yang lebih efisyen bukannya mengaitkan perbincangan kepada aduan sahaja.

Justeru itu, tambahnya, berdasarkan pengalamannya ada aduan mengambil masa terlalu lama untuk diselesaikan dan ada aduan boleh diselesaikan dengan segera bergantung kepada jenis aduan.

“Kita memerlukan idea daripada penduduk dan bukannya aduan bagi memenuhi kehendak dengan bajet yang mencukupi untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

“Kita telah mengadakan perbincangan bersama penduduk di peringkat permulaan mengemukakan cadangan sebelum draf itu dibentangkan di peringkat ahli majlis pada mesyuarat penuh untuk kelulusan,” jelasnya.

Sementara itu, Ahli majlis MBPJ Zon 12, Derek Fernandez  berpendapat sesi bajet 2011 yang diadakan akan lebih berkesan sekiranya setiap maklumat dibincangkan secara terperinci bersama penduduk di setiap zon.

Menurutnya, bagaimanapun , perbincangan bajet 2011 merupakan satu permulaan yang baik tetapi kita terpaksa mengadakan perjumpaan semula dengan setiap zon penduduk baru boleh merancang.

“Perlu ada sesi perbincangan dengan penduduk, tanpa mengira had masa kerana kita mahu di peringkat akhir perbincangan bajet memberikan hasil yang berkesan,” ujarnya yang juga ahli NGO.