Fiesta Komunikasi: Peluang pengunjung temui organisasi terajui industri media

Fiesta Komunikasi: Peluang pengunjung temui organisasi terajui industri media

Pelajar semester akhir Diploma Komunikasi dan Pengajian Media, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka akan menganjurkan Fiesta Komunikasi iaitu pameran akademik yang menghimpun dan memperkenalkan organisasi-organisasi yang menerajui industri media dan komunikasi seluruh negara.

Penyelaras Perhubungan Media, Nor Farhani  Che Ad berkata program yang melibatkan kerjasama antara Jabatan Ketua Menteri Melaka itu akan berlangsung pada 9 dan 10 Oktober ini.

Menurutnya sebanyak 30 gerai menyertai pameran selama dua hari itu sekali gus memberi maklumat dan mendedahkan pengunjung mengenali dan mempelajari proses pra dan pasca penerbitan sesebuah program atau produk media.

“Selain  berpeluang bertemu dengan wakil daripada  industri dan para profesional media, program ini juga akan mengumpulkan barisan personaliti dan artis terkenal tanah air seperti Amylea (AF), Rem, The Times, Couple dan lain-lain,” katanya dihubungi Komunitikini tengahari tadi.

See also  Graff for Nation: A bold fusion of street art and culture

Tambahnya acara kemuncak Fiesta Komunikasi  berlangsung pada 9 Oktober di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kira-kira  jam 8 malam.

“Program itu akan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Pelajaran, Sains & Sumber Manusia negeri, Datuk Abdul Wahab Abdul Latip.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi saya atau Hamzah Mohd Nazari di nombor talian berikut  017-4142748  dan 012-2066420,” ujarnya.