Setelah berehat lama akhirnya bebas semula, maka untuk edisi Oktober Frinjan menampilkan Pekan Frinjan 14: BEBAS!
Bebas ditafsirkan oleh Pekan Frinjan sebagai kebebasan untuk berekspresi harus dipertahankan sesuai dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.
Berikutlah jadual masa dan program:
2hb Oktober 2010, hari Sabtu
jam 5.00 petang sehingga 12 tengah malam
bertempat di Laman Menara Jam, Dataran Shah Alam, Selangor
Susunan program
5.00pm – gerai-gerai anak muda dan NGO dibuka
8.45pm – persembahan muzik, puisi, teater dan naskhah dimulakan
12.00am – tamat
Persembahan kata laung/teater
Azwan Ismail
Adibah Yahya (a.k.a. DibJualKata)
Adinda Atie
Perewa Muda
Kaki Teater Muda Putrajaya
Persembahan musik
Amin Iskandar aka Black – http://aminiskandar.blogspot.com/
Widuri – http://www.myspace.com/widurimuzik
Asboon – http://www.myspace.com/asboon
Azfar Alias – http://www.myspace.com/azfaralliasmusic
Azreel Azhar – http://www.youtube.com/azreelgooner
Asmidar – http://www.youtube.com/izdamr
The Momentum
The Reformasi Boys
Pangeran
Para Jamaludin & Nisha Ismail
juga
preview Colourama Asia 2010 – http://colourama.asia/
feat. Mikrobotmen
Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok Frinjan bertujuan untuk membudayakan masyarakat. Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan. Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”, diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme. Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.
Frinjan ialah entiti sifar-untung yang dijayakan oleh kelompok bebas. Resondeternya ialah untuk menganjurkan aktiviti jalanan bersifat semi-komersil dengan suntikan literari, pembudayaan masyarakat dan pengembangan sosial .