Projek perumahan terbengkalai Ukay Bistari dijangka siap akhir Disember ini

Projek perumahan terbengkalai Ukay Bistari dijangka siap akhir Disember ini

Projek pembangunan Ukay Bistari, Hulu Klang yang telah mendapat perhatian media sejak kebelakangan ini dalam proses pembinaan dan dijangka siap akhir Disember ini.

Exco perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan negeri Selangor, Iskandar Samad berkata projek pembangunan Ukay Bistari, Hulu Klang yang telah mendapat perhatian media sejak kebelakangan ini dalam proses pembinaan dan dijangka siap  akhir Disember ini.

Menurutnya , Timbalan pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar pernah mengadakan lawatan awal bulan ini manakala menteri Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Wira Chor Chee Hung dilaporkan akan turut mengadakan lawatan ke tapak perumahan Ukay Bistari Isnin depan.

Jelasnya lagi, projek pembangunan ini telah mula dibangunkan sejak 2004 pada ketika itu dibawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan diklasifikasikan sebagai projek terbengkalai oleh kerajaan Selangor.

“Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Projek Perumahan Terbengkalai yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bertindak sebagai fasilitator untuk memantau projek perumahan terbengkalai di negeri ini.

“Di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu, kemajuan projek tersebut adalah terlalu perlahan.Tidak nampak sebarang usaha yang bersungguh-sungguh untuk memulihkan projek ini,” ujarnya menerusi kenyataan media.

Menurutnya, bagaimanapun, apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan Selangor, perhatian telah diberi kepada projek ini dan projek-projek terbengkalai yang lain.

Difahamkan projek perumahan yang gagal disiapkan kerajaan BN melibatkan hampir 2,000 unit pelbagai jenis hartanah.

Pembangunan yang terletak di Hulu Kelang itu gagal disiapkan pemaju sebelum ini- Damai Bistari Sdn Bhd sejak ia dilancar pada Ogos 2003.

Sepatutnya projek tersebut siap dalam tempoh 36 bulan dari tarikh perjanjian jual beli. Pemaju telah diberi peluang sewajarnya dalam tempoh enam tahun untuk menyiapkannya tetapi gagal menyiapkan projek.

Sehingga kini terdapat 146 unit rumah kos rendah siap sepenuhnya manakala sebanyak 254 unit masih belum siap. Di tempat yang sama, servis apartmen dan ruang niaga serta pejabat yang melibatkan 1,100 unit.

Iskandar berkata, perhatian yang diberikan oleh jawatankuasa bertindak itu telah berjaya mempercepatkan kemajuan projek Ukay Bistari.

“Sebagai contoh bagi Blok A projek itu, sepanjang 4 tahun 3 bulan sebelum projek ini dipantau oleh jawatankuasa bertindak, peratus kerja yang dapat disiapkan adalah 65 peratus.

“Tetapi di bawah jawatankuasa bertindak ini, dalam hanya 1 tahun 8 bulan peratus kerja yang dapat disiapkan adalah 30 peratus,” tambahnya.

Sementara itu, Iskandar berkata, bagi Blok B, sepanjang 4 tahun 5 bulan sebelum projek ini dipantau oleh jawatankuasa bertindak, peratus kerja yang dapat disiapkan adalah 55 peratus.

Jelas beliau, di bawah jawatankuasa bertindak itu, dalam hanya 1 tahun 6 bulan peratus kerja yang disiapkan adalah 25 peratus. Blok ini dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember ini.

See also  Discover exclusive luxury at ViO Banj’ran in Seremban 2

“Penglibatan jawatankuasa bertindak telah berjaya mempercepatkan pemulihan projek Ukay Bistari walaupun projek ini dibelenggu dengan pelbagai masalah.

“Perbandingan peratus kerja yang dapat disiapkan adalah jelas lebih tinggi di bawah kerajaan Pakatan Rakyat,” katanya.

Oleh itu, menurutnya adalah tidak waras jika pemimpin BN mahu menjadikan projek Ukay Bistari sebagai satu isu politik.

Iskandar berkata, sekiranya benar mereka (BN) mahu membantu rakyat, kenapa perlu menunggu sehingga kehilangan kuasa. Bukankah pentadbiran mereka yang telah meluluskan begitu banyak projek pemaju tersebut.

“Tetapi tujuan mereka adalah semata-mata untuk memburuk-burukkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,” tegasnya.

Ujarnya pemimpin pembangkang dan sekutu mereka akan terus berusaha untuk menafikan peranan yang telah dimainkan oleh kerajaan negeri Selangor dan Jawatankuasa Bertindak Projek Perumahan Terbengkalai.

“Disebaliknya kejayaan Pakatan Rakyat dan jawatankuasa bertindak hanya akan mendedahkan kelemahan dan kegagalan mereka semasa mentadbir kerajaan Selangor terdahulu,” jelasnya.

Sehubungan itu, Iskandar berkata, kerajaan negeri Selangor mengalu-alukan sebarang kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai di negeri ini.

Menurut beliau, pihaknya bersedia untuk berkongsi pengalaman bersama Kerajaan Persekutuan berdasarkan kejayaan dicapai pasukan jawatankuasa bertindak bertindak memantau dan memulihkan projek perumahan terbengkalai.

Beliau berpendapat sewajarnya Kerajaan Persekutuan menerusi KPKT turut sama membantu menyelesaikan masalah dihadapi rakyat Selangor sejak sekian lama.

“Ini kerana lesen-lesen pemaju telah dikeluarkan oleh kementerian tersebut  maka oleh itu mereka tidak boleh mengambil sikap lepas tangan,” tegasnya.

Statistik penuh perbezaan pencapaian peratusan kerja di bawah kerajaan BN dan Pakatan Rakyat adalah seperti berikut : –

BLOCK : A
JENIS : SERVICE APARTMENT
BIL. UNIT : 214
TARIKH MULA : NOV 2004
BAWAH BN/SEBELUM TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan – 65 peratus
Jangkamasa – 4 tahun 3 bulan
SELEPAS TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan – 30 peratus
Jangkamasa – 1 tahun 8 bulan
JANGKA SIAP : NOV 2010

BLOCK : B
JENIS : SERVICE APARTMENT
BIL. UNIT : 2003
TARIKH MULA : NOV 2004
BAWAH BN/SEBELUM TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan – 55 peratus
Jangkamasa – 4 tahun 5 bulan
SELEPAS TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan – 25 peratus
Jangkamasa – 1 tahun 6 bulan
JANGKA SIAP : DIS 2010

BLOCK : C
JENIS : SERVICE APARTMENT
BIL. UNIT : 257
TARIKH MULA : NOV 2004
BAWAH BN/SEBELUM TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan – 50 peratus
Jangkamasa – 4 tahun 5 bulan
SELEPAS TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan – 30 peratus
Jangkamasa – 1 tahun 6 bulan
JANGKA SIAP : DIS 2010

See also  Discover modern living at TuJu Residences & Retail

BLOCK : D
JENIS : SERVICE APARTMENT
BIL. UNIT : 240
TARIKH MULA : NOV 2004
BAWAH BN/SEBELUM TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan – 50 peratus
Jangkamasa – 4 tahun 6 bulan
SELEPAS TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan – 35 peratus
Jangkamasa – 1 tahun 5 bulan
JANGKA SIAP : DIS 2010

BLOCK : E
JENIS : RUMAH KEDAI & RUMAH KELAB
BIL. UNIT : 14
TARIKH MULA : NOV 2004
BAWAH BN/SEBELUM TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan – 45 peratus
Jangkamasa – 4 tahun 6 bulan
SELEPAS TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan – 50 peratus
Jangkamasa – 1 tahun 5 bulan
JANGKA SIAP : OKT 2010

BLOCK : F
JENIS : SERVICE APARTMENT
BIL. UNIT : 212
TARIKH MULA : NOV 2004
BAWAH BN/SEBELUM TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan – 30 peratus
Jangkamasa – 5 tahun 11 bulan
BELUM LAGI DI BAWAH TASK FORCE

BLOCK : –
JENIS : PANGSAPURI KOS RENDAH
BIL. UNIT : 146
TARIKH MULA : JUN 2004
BAWAH BN/SEBELUM TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan – 75 peratus
Jangkamasa – 4 tahun 8 bulan
SELEPAS TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan – 25 peratus
Jangkamasa – 1 tahun
JANGKA SIAP : TELAH SERAH KUNCI FEB 2010

BLOCK : –
JENIS : PANGSAPURI KOS RENDAH
BIL. UNIT : 256
TARIKH MULA : FEB 2005
BAWAH BN/SEBELUM TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan – 65 peratus
Jangkamasa – 4 tahun 3 bulan
SELEPAS TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan – 27 peratus
Jangkamasa – 1 tahun 4 bulan
JANGKA SIAP : DIS 2010

BLOCK : –
JENIS : PANGSAPURI KOS SEDERHANA RENDAH
BIL. UNIT : 120
TARIKH MULA : MAC 2006
BAWAH BN/SEBELUM TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan – 30 peratus
Jangkamasa – 3 tahun 2 bulan
SELEPAS TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan – 15 peratus
Jangkamasa – 1 tahun 4 bulan
JANGKA SIAP : JUL 2011

BLOCK : –
JENIS : PANGSAPURI KOS SEDERHANA
BIL. UNIT : 60
TARIKH MULA : APR 2006
BAWAH BN/SEBELUM TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan – 30 peratus
Jangkamasa – 3 tahun 1 bulan
SELEPAS TASK FORCE :
Peratus kerja yang dapat disiapkan – 18 peratus
Jangkamasa – 1 tahun 4 bulan
JANGKA SIAP : JUL 2011