Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s kembali buat tahun ke tujuh

Selain daripada majlis penganugerahan, McDonald’s akan menjemput guru terpilih dari seluruh negara untuk menyertai sambutan Hari Guru

Anugerah Guru Inspirasi (AGI) anjuran McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Malaysia, kembali lagi untuk mengiktiraf dan menghargai guru-guru yang membantu pelajar mereka mencapai kecemerlangan akademik.

AGI McDonald’s adalah acara tahunan anjuran McDonald’s Malaysia yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sejak penubuhannya pada 2017, AGI McDonald’s telah menjadi acara yang sangat dinanti-nantikan yang telah mendapat pencalonan secara konsisten.

“McDonald’s sentiasa menyanjung tinggi sumbangan para guru yang telah banyak berkorban untuk pembangunan yang telah memberi impak positif kepada anak-anak bangsa baik dari pelbagai aspek, akademi, ko-kurikulum dan pembangunan karakter. 

“AGI McDonald’s merupakan platform yang McDonald’s perkenalkan sejak 7 tahun lalu bagi tujuan menghargai para guru di seluruh negara,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

McDonald’s Malaysia akan meningkatkan hadiah tahun ini sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk memberi ganjaran kepada 25 guru inspirasi terpilih dan pencalon mereka. Selain baucar tunai RM5,000 dan trofi serta sijil yang dianugerahkan kepada guru inspirasi, sekolah yang menang juga akan menerima peruntukan RM5,000 untuk menaik taraf bilik guru.

See also  GRAMMY GO: Learn from music icons on Coursera

Bagi menggalakkan pelajar menunjukkan penghargaan terhadap guru mereka, setiap pencalon yang layak juga akan menerima Sijil Penyertaan Peringkat Kebangsaan. Sijil ini akan membantu mereka di sekolah dengan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Panel hakim terdiri daripada wakil dari McDonald’s Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, dan ahli industri media akan memilih penerima anugerah melalui proses yang teliti. AGI McDonald’s telah menerima lebih 30,000 pencalonan setakat 2022, dengan 131 guru inspirasi telah dianugerahkan sejak 2017.

Kerjasama antara McDonald’s dan Kementerian Pendidikan Malaysia tahun ini adalah bagi menyahut seruan Kementerian dalam Amanat Tahun Baharu 2023 untuk meningkatkan penyertaan korporat dalam CSR, bagi merealisasikan Pendidikan Berpusatkan Rakyat.

See also  APU Blockchain team wins big at ETHTaipei Hackathon

Selain daripada majlis penganugerahan, McDonald’s akan menjemput guru terpilih dari seluruh negara untuk menyertai sambutan Hari Guru di semua lokasi McDonald’s dari 1 Mei hingga 31 Mei 2023. Ini juga merupakan inisiatif McDonald’s untuk mengiktiraf sumbangan dan peranan guru-guru. sebagai tulang belakang masyarakat dalam mendidik dan memberi impak positif kepada pelajar.

Pencalonan untuk AGI McDonald’s 2023 kini dibuka dari 20 Mac hingga 15 April 2023. Rakyat Malaysia digalakkan untuk mencalonkan guru mereka dengan berkongsi pengalaman bagaimana guru mereka berjaya memberi kesan positif kepada mereka.

Orang ramai kini boleh mencalonkan guru yang telah memberi impak positif dalam kehidupan mereka sebagai tanda terima kasih dan penghargaan. Pencalonan boleh dibuat melalui pautan: https://www.mcdonalds.com.my/en/anugerahguruinspirasi

Avatar photo

Admin

CJ Editor writes, edits and publishes stories and press releases. Please contact for any queries or press release submissions.