Lebih 300 kanak-kanak laung merdeka

Lebih 300 kanak-kanak laung merdeka

Lebih 300 murid-murid termasuk kakitangan, guru dan ibu bapa Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Jerik, menyambut hari kemerdekaan ke 53 Isnin lalu.

Lebih 300 murid-murid termasuk kakitangan, guru dan ibu bapa Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Jerik, Bandar Jengka menyambut hari kemerdekaan ke 53 Isnin lalu.

Guru Besar SRJKC Jerik, Lim Chin Heng berkata, tujuan sambutan itu diadakan untuk memupuk semangat patriotisme cintakan negara.

Menurutnya, kebanyakan mereka mula berkumpul sekitar jam 7.30 pagi dengan masing-masing dilihat membawa Jalur Gemilang di mana program itu berakhir kira-kira 11 tengahari.

“Murid-murid menyanyikan lagu Negaraku, jalur gemilang diikuti perbarisan disaksikan para hadirin yang hadir,” katanya.

Antara acara yang dinantikan laungan merdeka sebanyak 7 kali dipimpin oleh guru, Mohammed Mustaffar Mat Said serta deklamasi sajak oleh guru, Phoon Chia Sin, ujarnya.

See also  Elevating MSMEs: TED Seri Consult’s building defects training

Selain itu, tambahnya lagi, turut diadakan pertandingan melukis kain rentang, tarian muhibbah, kuiz merdeka dan sambutan hari jadi kepada guru dan murid yang tarikh lahir jatuh pada 31 Ogos.

Dalam perkembangan lain, sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53, semalam mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya ia diadakan di ruang tertutup Stadium Putra di Bukit Jalil bagi menghormati kemuliaan Ramadan.

Meskipun tanpa perarakan, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini tetap menampilkan satu persembahan yang begitu unik dan kreatif dalam menyampaikan mesej 1Malaysia sebagai penjana transformasi negara.

Tampil dengan kepelbagaian persembahan yang menakjubkan sesuai dengan tema Hari Kemerdekaan kali ini, 1Malaysia Menjana Transformasi.

Kehadiran kira-kira 15,000 orang bersama Jalur Gemilang dikibarkan pada acara kemuncak sambutan turut memeriahkan lagi acara sambutan.

See also  Kajang siblings win awards at MakeX Robotics Competition