Mualaf tabah hadapi dugaan

Mualaf tabah hadapi dugaan

Kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan hanya kasih sayang sahaja pengikat keluarga.

Kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan hanya kasih sayang sahaja pengikat keluarga.

Mualaf, Salmi Abdullah,53, berkata bagi menyara keluarga, beliau terpaksa membuat kerja –kerja kampung dan kini tanggungjawab itu dipikulnya setelah suami menghidapi penyakit gout.

Selain menanggung empat orang anaknya, beliau turut menjaga ibunya, M.Nagama,78, sejak beberapa tahun lalu dan perbezaan agama tidak sedikit pun menghalang hubungan mereka sekeluarga.

“Ibu boleh menerima kehidupan kami sebagai Muslim dan beliau juga sedang mendalami Islam serta sering bertanya kepada saya tentang agama.

“Saya berdoa satu hari nanti ibu akan terbuka pintu hatinya untuk memeluk Islam seperti kami semua”katanya.

Salmi berkata,selain uzur,ibunya juga mempunyai kanser rahim dan memerlukan perhatian daripada beliau dan anak-anak yang lain.

See also  Spread joy with Mangosteen’s Gifts That Give Back

Menurutnya,lebih menyedihkan,kesemua dokumen ibu telah hilang dan ia menyukarkannya untuk berurusan apabila ingin mendapatkan rawatan penyakitnya itu.

Bagi sesiapa yang prihatin dan ingin menghulurkan bantuan,bolehlah menghubungi Salmi di talian 016-2749154 atau ke alamat TBG 89,Kampung Kuantan,di sini.

Pendapatan mereka sekeluarga hanya dan bergantung kepada suami yang bekerja sebagai pemandu lori.

Anak-anak faham situasi keluarga

Dalam perkembangan lain, seorang ibu tunggal menerima bantuan berupaya keperluan dapur dan wang  bagi membuat persiapan hari raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Hatilah Md Daud,41, berkata kesemua anaknya lelaki dan mereka juga faham situasi yang dialami oleh keluarga dan sentiasa diingatkan tentang pelajaran oleh beliau serta suami.

See also  Sukha Charity Fair 2024: A celebration of community spirit

Menurutnya, namun begitu, kehidupan mereka sekeluarga tetap bahagia seperti orang lain walaupun rumah yang didiami olehnya  bermasalah setiap kali hujan.

“Saya bersyukur kerana apa yang dialami ini mendapat perhatian khususnya Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pusat Zakat.

“Malah setiap kali Ramadan, anak-anak juga terlibat dengan aktiviti berfaedah termasuk yang diadakan di surau berhampiran” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK),Nor Ain Eusoff berkata,keluarga Hatilah adalah antara penerima sumbangan sempena Aidilfitri kali ini.

Selain daripada sumbangan,aktiviti yang diadakan juga dapat mengenal pasti permasalahan yang dialami penduduk khususnya yang berkaitan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), katanya.