Ops Raya: 108 saman dikeluarkan kepada penunggang m`sikal di PJ

Ops Raya: 108 saman dikeluarkan kepada penunggang m`sikal di PJ

Kira-kira 800 penunggang motosikal diperiksa membabitkan 12 anggota trafik dalam operasi diadakan menjelang hari raya itu.

IMAG0250

Penunggang motosikal diingatkan supaya mematuhi peraturan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan menjelang hari raya, kata Penguatkuasa Trafik Selangor, ASP Hambazi Abd Rahman.

Menurutnya, dalam satu operasi dilaluan motosikal Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur pagi tadi, Polis Trafik Selangor mengeluarkan 108 saman ke atas penunggang motosikal.

IMAG0254

Jelasnya, operasi yang dijalankan dari jam 9 pagi hingga 11 itu mengesan sebanyak lima kesalahan dilakukan oleh penunggang motosikal.

“Kesalahan yang dilakukan ialah tidak mempunyai cukai jalan, penunggang motosikal tiada lesen, motosikal tidak mempunyai cermin sisi, tiada lampu brek dan nombor plet yang tidak ikut peraturan,” katanya ditemui pemberita selepas operasi itu.

Hambazi berkata operasi itu diadakan bertujuan untuk membanteras jenayah dan mengesan kenderaan yang dilaporkan dicuri di sekitar daerah Petaling Jaya.

See also  Combi launches CrossAge 360 for enhanced child safety

“Sekarang ini samseng jalanan semakin berleluasa, dengan ini saya ingin mengingatkan ibu bapa agar memberikan perhatian sewajarnya selain sentiasa memantau pergerakan aktiviti anak-anak mereka,” katanya.

Operasi itu membabitkan 12 anggota trafik termasuk pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan kira-kira 800 penunggang motosikal diperiksa.