Beli secara bijak dengan MOBY Islamic

MOBY Islamic sedang menawarkan peluang untuk pengguna berbelanja dengan bijak pada musim Ramadan dan Hari Raya ini melalui kempen Beli Jer

MOBY Islamic, satu-satunya platform Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) patuh Syariah Malaysia, mengajak umat Islam untuk berjimat dan berbelanja dengan bijak pada musim Ramadan dan Hari Raya ini dengan kempen Beli Jer yang sedang berlangsung dan secara khususnya siri kempen terutama mereka, Meriah MOBY. 

Dengan seleksi yang luas untuk membeli-belah dari produk tempatan kegemaran, kempen Beli Jer dari MOBY Islamic menawarkan diskaun 50% dan promosi lain untuk pembelian terpilih, dengan pengguna bebas untuk melengkapkan pembayaran melalui pelan ansuran bulanan atau ciri PayNow. 

“Seiring dengan Ramadan yang akan berlalu dan Hari Raya yang hampir tiba, ramai rakyat Malaysia sedang sibuk membuat persiapan – sama ada membeli pakaian baru, biskut atau hiasan atau keperluan harian untuk rumah dan keluarga. Apa juga kehendak dan keperluan itu, kami mahu pengguna tahu bahawa dengan MOBY Islamic, mereka boleh menikmati fleksibiliti kewangan dan simpanan di samping berbelanja dengan bijak,” kata Rian Philip, Pengasas MOBY Group. 

Selain daripada penjimatan ini, MOBY Islamic juga memberi ganjaran kepada pengguna memenangi hadiah menarik melalui kempen ini. Pengguna yang berbelanja melebihi RM250 sehari secara terkumpul melalui platform MOBY atau MOBY Islamic akan berpeluang memenangi Proton X50 atau Iphone dengan hadiah wang tunai RM3,000. Apa yang mereka perlu lakukan selepas berbelanja adalah mengimbas kod QR serta suka dan ikuti MOBY Malaysia di Facebook dan Instagram. 

See also  AKPK Collaborators Awards celebrates impactful partnerships

Kempen Beli Jer MOBY Islamic

Selaras dengan prinsip Ramadan, MOBY Islamic juga menggalakkan pengguna untuk bersederhana dalam perbelanjaan sepanjang musim perayaan dan setiap masa. Dengan menggunakan proses e-know-your-customer yang unik, MOBY Islamic dapat menawarkan jumlah perbelanjaan yang lebih sepadan dengan kemampuan kewangan pengguna. Ini bermakna pengguna yang berbelanja dengan bijak akan diberikan ganjaran dengan jumlah yang lebih tinggi dan sekaligus mengurangkan risiko berbelanja melebihi kemampuan kewangan mereka. 

“Ramadan adalah masa untuk bersederhana – waktu untuk bermuhasabah. Ia menggalakkan kita menghargai dengan apa yang kita ada daripada menginginkan yang lebih. Sebagai satu-satunya platform BNPL patuh syariah di negara ini, kami telah mengambil langkah penting untuk memastikan platform dan ekosistem kami menggalakkan nilai kesederhanaan tersebut.

See also  AKPK Collaborators Awards celebrates impactful partnerships

Melalui MOBY Islamic, kami ingin menawarkan kebebasan kewangan kepada pengguna kami untuk membeli keperluan tanpa bimbang – serta memberi peluang untuk meningkatkan dan mengembangkan pengetahuan kewangan mereka.” kata Rian

Promo MOBYRAYA

Pengguna boleh menikmati diskaun, promosi dan hadiah menerusi kempen Beli Jer di kedua-dua platform MOBY dan MOBY Islamic sekarang sehingga 30 September 2023. 

Pengguna baru di kedua-dua platform juga akan dapat menikmati baucar diskaun sehinga RM10 dengan menggunakan kod promo MOBYRAYA.

MOBY dan MOBY Islamic boleh dimuat turun di semua platform dan pengguna boleh menggunakan platform ini untuk berurus niaga dengan lebih 800 jenama di seluruh negara termasuk jenama patuh syariah seperti Siti Khadijah, Petra dan Asikin Ahmad.

Platform ini menawarkan pilihan pembayaran yang fleksibel dengan yuran faedah 0% untuk bayaran kemudian sehingga 6 bulan atau fungsi PayNow. 

Untuk maklumat lanjut mengenai MOBY dan MOBY Islamic, layari https://www.MOBY.my/ atau muat turun aplikasi menerusi AppStore atau Google Playstore. 

Avatar photo

Admin

CJ Editor writes, edits and publishes stories and press releases. Please contact for any queries or press release submissions.