Projek bancian SEJATI tumpu golongan memerlukan DUN Taman Medan

Projek bancian SEJATI tumpu golongan memerlukan DUN Taman Medan

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)  Taman Medan, Haniza Talha akan melancarkan projek bancian untuk menyediakan pangkalan data berhubung penduduk miskin, orang kelainan upaya (OKU) dan warga tua di kawasan sasaran berkaitan aspek sosio-ekonomi, persekitaran fizikal, tahap kesihatan dan gaya hidup.

Beliau berkata, projek bancian yang bermula 22 sehingga 30 September sepanjang tempoh tujuh hari bekerja dibantu 15 kakitangan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah Petaling Jaya.

Menurutnya, projek bancian dibawah Program Sejahtera Komuniti (SEJATI) merupakan satu langkah proaktif bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) turun padang mencari dan mengenalpasti mereka yang memerlukan bantuan.

“Fasa pertama 100 keluarga terdiri daripada golongan sasaran dari kawasan rumah kos rendah di kawasan perumahan Taman Petaling Utama, Taman Medan Jaya, Taman Maju Jaya, Pangsapuri Permai dan Taman Medan Cahaya.

See also  Malaysians overwhelmingly support end to single-use plastics

“Faktor utama kawasan ini dipilih kerana mempunyai kepadatan penduduk paling ramai melibatkan pelbagai kaum dan bangsa,” katanya ketika ditemui pada sidang media di ibu pejabat MBPJ.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ, Sharipah Marhaini Syed Ali.

Beliau berkata, fokus kepada usaha meningkatkan persekitaran fizikal kediaman dari segi kemudahan tandas.

“Berdasarkan maklumat diperolehi, dianggarkan sebanyak 10 buah tandas daripada kediaman yang terpilih akan dinaiktaraf `mesra OKU’,” jelasnya.

Mengulas lanjut usaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi,Haniza berkata agensi penguatkuasaan  dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) akan memberi pinjaman kepada penduduk miskin mempunyai minat untuk berniaga.

Jelasnya, apa yang menarik mengenai pinjaman itu, peniaga tidak akan dikenakan cagaran, penjamin serta bayaran semula dengan kadar faedah rendah.

See also  Forest City gains momentum with high-profile visit

Selain itu, tambahnya , program latihan kemahiran juga akan disediakan kepada golongan OKU dengan bantuan daripada beberapa pertubuhan NGO.

“Bagi golongan miskin pula, latihan kemahiran dijalankan dengan kerjasama daripada agensi kerajaan seperti Giatmara, Kolej Komuniti serta NGO,” ujarnya.

Beliau berkata pendekata itu sebagai usaha menyahut langkah kerajaan mengamalkan gaya hidup sihat, kemudahan taman permainan di kawasan perumahan `Mesra OKU` akan dinaiktaraf.

“Selain itu, kemudahan seperti pembinaan ramp, tactiles dan railing akan dibina di lokasi yang dikenalpasti untuk kegunaan golongan OKU.

“Ia bagi mengatasi tahap kesihatan golongan sasar, rawatan dan perkhidmatan kesihatan ditawarkan secara percuma dengan doktor dan pakar kesihatan,” katanya lagi.