Keenakan Lai Chi Kang Utara

Keenakan Lai Chi Kang Utara

Di hari-hari terakhir bulan Ramadan ini, tidak salah sekiranya  anda berkunjung ke Taman Medan, jangan lupa singgah ke gerai milik Mohd Syukri Yahya, 36, yang menjual pelbagai jenis minuman untuk berbuka puasa.

Gerai yang terletak di Jalan PJS 2C/14 berdekatan dengan jalan utama Taman Medan itu menawarkan pelbagai jenis minuman.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Mohd Syukri yang berpengalaman selama 11 tahun dalam menjalankan perniagaan minuman berkata, kelainan yang ditawarkannya ialah air Lai Chi Kang Utara dan soya panas.

Katanya, kedua-dua minuman tersebut mendapat permintaan yang tinggi setiap kali bulan Ramadan dan beliau berharap perkara yang sama berlaku pada tahun ini.

“Ramadan tahun lepas, sebanyak 300 bungkus Lai Chi Kang dan soya panas terjual dalam tempoh sehari. Saya harap rezeki pada tahun ini bertambah,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Mengulas kenaikan harga barang di pasaran, Mohd Syukri berkata beliau tetap menjual minuman dengan harga yang sama kerana tidak mahu membebankan pelanggan.

Bezanya pada tahun ini beliau menjual minuman dalam kuantiti yang banyak dan turut menjual air tebu sebagai menarik lebih ramai pelanggan datang ke gerainya.

“Sebagai peniaga, kesan kenaikan harga barang memang terasa. Tetapi buat masa ini saya tetap mengekalkan harga lama kerana saya tidak mahu membebankan pelanggan dengan menjual minuman dengan harga yang mahal,” katanya.