Stigma terhadap bekas penagih dadah perlu dikikis

Stigma terhadap bekas penagih dadah perlu dikikis

Dengan adanya program ini dapat mengubah dan memberi kesedaran mentaliti masyarakat masih stigma terhadap bekas penagih dadah mahu kembali ke pangkal jalan.

40628_1316825894786_1654895334_764051_3348490_n

Program Kesedaran Rakyat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Selangor diadakan buat julung kalinya baru-baru ini diharap dapat membuka mata dan minda masyarakat masih stigma terhadap bekas penagih dadah,”  ujar penganjur Abd Azharee Abdul Wahid.

Menurutnya, dengan adanya program ini sekali gus memberi kesedaran terhadap masyarakat mengenai peranan boleh dilakukan untuk membantu bekas penagih dadah kembali ke jalan yang benar.

“Ia memberi ruang kepada bekas penagih dadah dan masyarakat mengenali antara satu sama lain di samping berkongsi pendapat,” katanya kepada Komunitikini.

Sementara itu, bekas penagih dadah, Abd Azy Adee Abdul Wahil, 35, ketika ditemui tidak segan silu untuk menceritakan pengalamannya terlibat dengan najis dadah selama 20 tahun.

aadk1

Menurutnya  pada masa itu, beliau nekad mengambil keputusan untuk berhenti semasa di dalam tahanan penjara.

“Alhamdulilah, saya berjaya berhenti menagih dadah dengan sokongan moral daripada keluarga dan masyarakat persekitaran,” katanya.

Program itu disertai Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Majlis MBPJ Zon 24, Halimey Abu Bakar dengan penyertaan kira-kira 400 penduduk.

41242_1316818094591_1654895334_764035_814635_n

Seramai 9 bekas penagih dadah dari  agensi AADK terlibat sama berkongsi pandangan dengan masyarakat sekitar Desa Mentari.

Ditanya faktor utama beliau melibatkan diri dalam program kemasyarakatan, Abd Azey Adee berkata sebenarnya tujuan beliau mendedahkan identiti kepada masyarakat bukannya untuk mengejar populariti semata-mata.

Menurutnya, sebaliknya ingin memberi mesej jelas kepada masyarakat serta memberitahu bahawa setiap manusia khususnya penagih dadah boleh berubah.

40509_1316823334722_1654895334_764042_5673597_n

Jelasnya lagi, dahulunya beliau dibuang daripada keluarga dan diusir keluar daripada rumah tetapi kini diterima semula dan bersepakat mewujudkan program bersama masyarakat.

“Dengan adanya program ini dapat mengubah dan memberi kesedaran mentaliti masyarakat masih stigma dengan bekas penagih dadah,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata,  masyarakat cukup gerun bila mendengar cerita bekas penagih dadah dan membiarkan mereka berada dalam kelompok sendiri.

aadk5

Tambahnya, ini menyebabkan bekas penagih dadah gagal untuk kembali ke pangkal jalan kerana masyarakat tidak menerima golongan tersebut.

“Saya berharap rakyat dapat berfikir sejenak apakah peranan kita sebagai masyarakat, sahabat handai dan ahli keluarga terdekat untuk membantu bekas penagih dadah,” ujarnya.

Sebagai pembimbing rakan sebaya, beliau perlu memberi contoh serta memberikan peranan contoh kepada golongan muda supaya tidak terjebak dalam najis dadah.

39906_1316816254545_1654895334_764029_7072468_n

Menurutnya, kita perlu memberi sokongan, bukannya menghina mereka (bekas penagih dadah) kerana stigma masyarakat menyatakan golongan ini tidak boleh berubah.

“Alhamdulilah, saya tidak pernah terfikir sebagai bekas banduan dan bekas penagih dadah diberi peluang untuk bekerja di dalam agensi anti dadah kebangsaan.Ini merupakan hikmah,” jelasnya.

Ditanya mengenai pendekatan perlu dilaksanakan bagi membantu golongan muda, katanya, apa yang boleh dilakukan dengan berkongsi  lebih banyak pengalaman sendiri bagaimana boleh terjebak dengan dadah.

“Pucuk pangkalnya kita kena kenal siapa kawan-kawan kita terlebih dahulu kerana kebanyakan golongan muda terjebak dengan najis dadah kerana terlalu percaya dengan mereka.

“Golongan remaja pada hari ini perlu bijak memilih kawan di peringkat usia muda,” ujarnya.

aadk

Sementara itu pelajar tahun enam, Sekolah kebangsaan (SK) Sungai Way, Mohd Aidil Kamarulhazan, 12 menyifatkan program diadakan ini banyak memberi pelajaran dan pengajaran berguna kepada dirinya.

Menurutnya, sebelum ini beliau mengakui cukup benci dengan bekas penagih dadah kerana berdasarkan cerita diperolehi daripada rakan-rakan menyatakan mereka tidak akan berubah.

“Dengan adanya program ini dapat memberitahu saya bahawa persepsi menyatakan bekas penagih dadah tidak berubah adalah tidak benar sama sekali.

“Ia sekali gus dapat menangkis persepsi negatif masyarakat dan golongan muda sama usia dengan saya terhadap bekas penagih ini,” ujarnya.