Sindiket judi bola sepak RM5j tumpas

Sindiket judi bola sepak RM5j tumpas

Polis Kontinjen Selangor menumpaskan sindiket judi bola sepak Piala Dunia 2010 sekitar daerah ini membabitkan pertaruhan keseluruhan anggaran RM 5 juta.

P24-06-10_11.33

Polis Kontinjen Selangor menumpaskan sindiket judi bola sepak Piala Dunia 2010 sekitar daerah ini membabitkan pertaruhan keseluruhan anggaran RM 5 juta dengan penahanan 21 orang dalam 13 serbuan sehingga malam tadi.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, dalam serbuan itu, seramai 21 orang telah ditangkap. Mereka terdiri daripada 18 lelaki Cina berumur antara 25 hingga 57 tahun, 2 perempuan Cina berumur antara 36 hingga 44 tahun dan seorang warganegara China berusia 24 tahun .

P24-06-10_11.31

Serbuan dibuat di Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang, Gombak, Ampang Jaya Kuala Langat  dan Sabak Bernam.

“Polis berjaya merampas peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan tersebut antaranya komputer (4 unit), alat keluli (3 set), 4 buku bank , telefon rumah/pejabat (2 set)  komputer riba (10 unit).

P24-06-10_11.32[3]

“Selain itu, (juga dirampas) modem (4 unit), telefon bimbit (8 unit) ,dan sebuah mesin pencetak, 1 buku pertaruhan dan 22 helai kertas mengandungi catitan nombor dengan sejumlah RM4,717 wang tunai,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, pagi tadi.

Omar berkata, antara premis yang diserbu apartmen, rumah, siber kafe dan restoran di mana serbuan dijalankan berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada orang awam dari 18 Jun hingga malam tadi.

P24-06-10_11.32[2]

Katanya, daripada senarai nama individu diperolehi hasil tangkapan adalah ejen dan tidak menunjukkan mereka terdiri daripada golongan profesional.

“Kita masih lagi menjalankan siasatan dalam kes itu dan akan sentiasa mempergiatkan lagi dari segi serbuan untuk membanteras judi.

“Sehingga kini sebanyak 23 serbuan dilakukan di mana 44 orang ditangkap  dengan anggaran 15.1 juta, jumlah keseluruhan RM20.1 juta,” katanya.