Akhirnya roboh tembok penjara Pudu

Akhirnya roboh tembok penjara Pudu

Mural terpanjang dunia turut musnah bersama tembok penjara Pudu semalam.

Image0204

Bahagian belakang tembok penjara Pudu dirobohkan oleh dua buah jentolak milik kontraktor Syarikat Pertama Makmur tepat jam 10.10 malam tadi.

Detik bersejarah runtuhnya tembok penjara Pudu  yang berusia 120 tahun disaksikan kira-kira 500 masyarakat pelbagai bangsa mula membanjiri sekitar perkarangan pintu hadapan seawal jam 8.45 malam.

P21-06-10_22.06

Tinjauan Komunitikini di kawasan tersebut mendapati tiada sebarang insiden dan suasana tegang berlaku disebaliknya suasana hiba menyelubungi sebahagian pengunjung terpaku melihat tembok diruntuhkan.

P21-06-10_22.04

Jalan raya mulai sesak dengan pengguna motosikal dan kereta yang memperlahankan kenderaan masing-masing bagi melihat keadaan tersebut.

Malah, ada segelintir orang awam  mengambil kesempatan membawa pulang beberapa ketul batu bata dan cebisan mural dilukis sepanjang 384 meter yang mencatatkan rekod sebagai yang terpanjang di dunia.

See also  Exclusive waterfront living at Lightwater Residences

P21-06-10_22.34

Ramai menjangkakan bahawa keseluruhan tembok dan penjara pudu dirobohkan pada hakikatnya hanya tujuh  struktur tembok dirobohkan terlebih dahulu.

Difahamkan seramai 25 pekerja daripada syarikat tersebut dikerah bagi tujuan kerja merobohkan  tembok penjara pudu di mana  lokasi kejadian runtuh merupakan tempat banduan menjalani hukuman gantung.

P21-06-10_21.03[1]

Selepas ini, bahagian dalam bangunan penjara akan turut diruntuhkan bagi memberi ruang kepada projek Bukit Bintang City Centre  (BBCC) yang dimajukan oleh Uda Holdings Berhad.