Kerajaan S’gor menawarkan pinjaman pendidikan untuk pelajar SPM cemerlang

Kerajaan S’gor menawarkan pinjaman pendidikan untuk pelajar SPM cemerlang

Kerajaan Selangor menawarkan pinjaman untuk pelajar cemerlang lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran, dengan anak Selangor diberi keutamaan.

“Pelajar yang gagal mendapat pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk melanjutkan pelajaran ke universiti awam dan pusat pengajian tinggi lain boleh memohon pinjaman ini berkuatkuasa esok,” kata Menteri Besar Kerajaan Negeri Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya lagi, pinjaman ini ditawarkan di bawah Skim Pinjaman Setiausaha Kerajaan Selangor dan Yayasan Selangor menawarkan kepada pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan 5A dan ke atas.

Tambahnya lagi, tawaran ini diutamakan kepada anak negeri Selangor yang ingin melanjutkan pelajaran di Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, hari ini.

See also  Sri KDU’s Arabian Nights musical raises funds for charities

Ujarnya lagi, pinjaman boleh dibuat maksimum sebanyak RM25,000 tanpa sebarang caj dan terbuka kepada semua kaum malah jumlah pemohon juga tidak dihadkan.

Tambahnya lagi, bagi peminjam yang memperoleh keputusan cemerlang iaitu CGPA 3.75 ke atas, pinjaman tersebut akan secara automatik dijadikan biasiswa.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, pinjaman ini telah disediakan sejak beberapa tahun lalu cuma ramai pelajar yang terlepas pandang akan peluang ini.

“Kita dimaklumkan ramai pelajar yang gagal mendapat pinjaman untuk menyambung pelajaran, jadi ini salah satu pilihan yang kita sediakan kepada mereka dan keutamaan diberi pada anak Selangor,” ujarnya.

See also  Porous Campus Model: Bridging industry and academic innovation