Tiket diberi salah, pihak pengurusan Golden Screen Cinema tidak mahu bertanggungjawab mengundang kemarahan penonton, Sharon Chong Hui Chiun menghantar surat kepada Komunitkini berkenaan peristiwa ini.
Menurut Sharon, ia tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan Golden Screen Cinema (GSC) di pusat gedung Mid Valley, Kuala Lumpur.
Perkara ini berlaku pada suatu malam iaitu ketika Sharon bersama rakannya hendak menonton wayang di GSC tersebut iaitu cerita komedi “Marmaduke”.
Sharon dan rakannya telah membeli tiket wayang dua hari sebelum tayangan cerita berikut dengan pihak pengurusan GSC supaya tidak kelam-kabut.
Pada malam tayangan cerita tersebut, Sharon dan rakannya telah menunggu setengah jam awal sebelum tayangan bermula.
Namun hal yang demikian, setengah jam berlalu tanpa tanda-tanda tayangan wayang itu akan ditayangkan.
Sharon khuatir dia telah telah tersilap hari ataupun waktu tayangan ditukar.
Malangnya, tayangan tersebut adalah salah!
Sharon tidak berpuas hati kerana tindakan staff di situ telah memberikan tiket yang salah .
Menurutnya lagi, Sharon membeli tiket tersebut pada hari Isnin iaitu dua hari sebelum cerita itu ditayangkan.
Sharon telah berjumpa dengan salah seorang pihak atasan GSC, Muhammad Yusri, dan menceritakan perkara tersebut seterusnya meminta ganti untuk melihat tayangan tersebut pada waktu lain sebagai jalan penyelesaian.
Malangnya, Yusri mengatakan Sharon dan rakannya yang salah kerana beli tiket terlalu awal dan ia bukan atas kesalahan pihak GSC.
Menurut Sharon, pihak GSC mengabaikan masalah ini malah mengatakan bahawa pihak mereka tidak perlu bertanggungjawab memastikan kesahan tiket tersebut tepat atau tidak.
Ujarnya lagi, ia berasa tertipu dengan pihak pengurusan malah pihak GSC langsung tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang berlaku dari aspek hak pengguna.
“Saya tidak boleh membuat apa-apa tindakan terhadap pihak pengurusan, cukuplah hanya dengan menyampaikan ketidak puas hati terhadap pihak pengurusan GSC,” tambahnya lagi.