Mayat bayi dijumpai tepi jalan

Mayat bayi dijumpai tepi jalan

Mayat seorang bayi lelaki ditemui sebelah jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya.

Mayat seorang bayi dijumpai tercampak di tepi jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya, petang semalam.

Dipercayai baru dilahirkan, mayat bayi masih bertali pusat dan dipercayai masih hidup ketika dicampak dan temui ajal akibat lemas ditimpa hujan lebat kira-kira jam 5 petang.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Lebih menyayat hati apabila mayat bayi tanpa seurat benang ditemui orang ramai yang kebetulan melalui kawasan berkenaan dipercayai selepas sejam selepas bayi itu dibuang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada mayat bayi itu.

“Pihak polis percaya mayat bayi ini ditinggalkan ketika hujan menyebabkan ianya kembung,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Bagaimanapun, katanya, polis masih menunggu laporan bedah siasat dari pihak hospital bagi mengetahui keturunan atau bangsa bayi berkenaan.

Mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Polis Petaling Jaya kini melancarkan gerakan mengesan ibu bapa bayi malang berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Balai Polis Petaling Jaya, menerusi 03-79662222.