Youth Festival 2010 memberangsangkan!

Youth Festival 2010 memberangsangkan!

Tinjauan Komunitikini di pesta Youth ’10 di PWTC mendapati sambutan hangat dari golongan muda, dan acara yang dikendalikan dengan baik.

Image0209

Youth Festival 2010 mendapat sambutan hangat daripada seluruh warga belia di seluruh negara.

Wartawan Komunitikini juga mengambil kesempatan untuk sama-sama menghadiri kemeriahan temasya terbesar itu di Putra World Trade Centre (PWTC).

Youth Festival 2010 dirasmikan oleh menteri belia dan sukan iaitu Dato’ Ahmad Shabery Cheek, malah kehadiran penyanyi terkenal negara, Dato’ Siti Nurhaliza menghangatkan lagi suasana perasmian tersebut.

Objektif utama Youth ’10 dianjurkan adalah untuk menghimpunkan seluruh warga belia dan memberi peluang para remaja untuk mempamerkan pameran serta bakat yang ada dalam diri mereka.

Tambahan pula, Dato’ Ahmad Shabery berkata,”40 peratus penduduk di negara ini terdiri daripada warga belia yang mempunyai tenaga yang begitu dinamik sekali.

Warga belia turut boleh menjadi pasaran yang besar kerana mempunyai kuasa dan pengaruh yang kuat terhadap negara pada generasi yang akan datang.”

Terdapat banyak aktiviti dan pameran yang diadakan untuk para remaja

Kelainan pada Youth ’10 dapat dilihat pada kesungguhan para penganjur yang terdiri daripada para remaja sendiri.

Pihak Komunitikini sempat menemubual salah seorang sukarelawan yang terlibat dalam bahagian penyusunan program festival ini yang dikenali sebaga Mir, 28, tinggal di Kepong berkata, festival ini banyak memberi pendedahan terhadapnya cara menyusun program besar seumpama ini dan banyak pengalaman yang diperolehi olehnya.

See also  Graff for Nation: A bold fusion of street art and culture

Katanya lagi, sebelum ini saya memang suka menghabiskan masa terluang dengan melakukan kerja-kerja sukarelawan seperti ini.

Youth ’10 merupakan program terbesar yang saya sertai dan berasa sangat teruja kerana dapat melibatkan diri dalam festival ini.

Menurutnya, kira-kira 500 orang sukarelawan yang mendaftar dalam festival ini.

Berikut merupakan beberapa aktiviti yang dihadiri oleh wartawan Komunitikini.

Youthsays.com Public Speaking

Youth Festival juga mencungkil bakat terpendam para remaja dengan mengadakan sesi ‘public speaking’ selama lima minit.

Syarat yang dikenakan ialah ucapan dalam versi bahasa Inggeris diwajibkan untuk menyertai sesi ini.

Ucapan ini harus mempunyai intipati kehidupan dan wawasan untuk negara.

Image0211 Menurut salah seorang rakan universiti, Faris Hakim, 20, Universiti Sains Malaysia, turut menyertai program ini malah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.

Menurutnya,dia berasa sungguh gembira kerana terpilih untuk menyertai festival ini.Pihak universiti menghantar seramai 40 orang pelajar untuk meninjau konsep festival yang diadakan.

Pameran Artwork Youth Festival 2010

Image0215

Pameran ini turut mendapat sambutan hangat para remaja yang minat dalam seni visual ini.

Maklumbalas penonton dan juga penjual juga sangat meriah kerana ramai berpusu-pusu untuk meliha hasil seni yang dipamerkan.

Tambahan pula, satu bengkel fotografi diadakan bersama salah seorang fotografer terkenal iaitu Aizat Rahid.

See also  First-ever KL Chinatown Festival set for November

Bengkel tersebut bertujuan untuk mengasah bakat para peminat dalam bidang fotografi dan mendedahkan cara melakukan fotografer dan juga mengedit gambar.

Seterusnya pula, wartawan Komunitikini sempat menemubual seorang penjual lukisan seramik kucing, Puan Jaja Yusof.

Image0218 2Image0217 3

Menurutnya, ini adalah kali kedua beliau terlibat dalam Youth ’10 dan selesa dengan penganjuran yang diadakan olek pihak belia.

Katanya, “inilah masanya untuk memberi peluang kepada para remaja untuk didedahkan dengan banyak perkara dan mempersembahkan seni kreativiti mereka.

Tambahan pula, harga yang diletakkannya juga murah dan berpatutan, sesuai dengan keadaan kewangan remaja yang masih bergantung dengan orang tua mereka.”

Konsert Youth Festival 2010

Image0222 2

Wartawan Komunitikini meninjau perkarangan konsert yang diadakan dalam Youth Festival.

Di sini merupakan tumpuan ramai para remaja untuk mempersembahkan bakat terpendam mereka.

Apa yang boleh diperkatakan, mereka sungguh teruja dan pihak penganjur tidak menang tangan untuk mengawal keadaan dan tingkah laku penonton.

Kira-kira sebanyak 30 kumpulan indie band yang mempersembahkan lagu mereka.

Secara kesimpulannya, pihak Komunitikini berpendapat Youth ’10 sesuai diadakan berikutan boleh mendedahkan bakat terpendam warga belia di negara ini kerana remaja merupakan pemangkin pembangunan negara di masa akan datang.