Memartabatkan seni grafiti ke persada dunia

Memartabatkan seni grafiti ke persada dunia

Grafiti sebagai karya seni? Bukan mustahil.

P15-05-10_19.30

Bila sebut sahaja mengenai vandalisme, pasti semua akan terbayang contengan buruk di dinding bangunan dilakukan oleh sekumpulan anak muda nakal.

Tetapi tidak ramai yang mengetahui grafiti adalah satu bentuk seni tampak kerana  artis grafiti akan menghabiskan masa dan menggunakan daya kreativiti serta kemahirannya untuk menghasilkan karya yang boleh dinikmati oleh masyarakat umum.

Elemen asas cabang seni ini adalah seperti ruangan umum sebagai kanvas, tin cat penyembur dan gaya penyampaiannya adalah gaya remaja. Ruangan pula adalah seperti dinding – dinding  jalanan umum.

Baru-baru ini, Komunitikini berkesempatan meluangkan masa bersama sekumpulan anak muda menghasilkan grafiti menggunakan huruf (letter) menggelarkan diri mereka `Phiberweryte Connects` di salah sebuah taman permainan di Seksyen 27 Shah Alam.

23853_405710504668_231527879668_4994712_5529276_n

Phiberweryte Connect diasaskan oleh Nuke dan Nenok sekitar tahun 2003, kumpulan ini boleh berbangga kerana hasil karya mula mendapat perhatian.Ahli-ahli kumpulan yang namanya kian meningkat dalam persada seni grafiti tempatan seperti Askoe, Newba, Keas, Wazer, Rash dan Muhriz.

Bermula dengan bersahaja dan kini setelah hampir 7 tahun kumpulan remaja ini mengangkat seni ini secara profesional di mana karya mereka boleh ditemui di dinding jalanan sekitar Shah Alam.

See also  Five Arts Centre debuts Mortal Man with unpredictable twist

10853_200358564749_526264749_3916110_5362627_n

Jika diamati, graffiti adalah satu bentuk seni tampak dan kebanyakan artis menggunakan daya kreativiti serta kemahiran mereka dalam menghasilkan karya.

31820_119826438038636_100000338416433_176377_1740156_n
Salah seorang anggota Phiberweryte Connects, Syahmi Shahuri, 24 atau lebih dikenali sebagai `Kaes` berpendapat dengan memberikan mereka ruang, semestinya karya-karya tersebut dapat diketengahkan dan dihayati oleh masyarakat. Malah ia mendedahkan kita kepada perbezaan antara graffiti itu sendiri dengan vandalisme.

Menurutnya grafiti mementingkan aspek kepakaran dalam contengan berbanding vandalisme yang lebih terdorong ke arah contengan yang dibuat dengan pantas atau tergesa-gesa yang biasanya dilakukan di tempat persendirian sebagai cara untuk meluahkan perasaan.

“Ini adalah kerana ideanya para pengkarya ingin masyarakat memahami dan menghayati seni ini di mana-mana sahaja berbanding seni-seni lain yang rata-ratanya dipamerkan di ruangan galeri,”katanya.

31820_119826408038639_100000338416433_176369_3818920_n
Sementara itu, Zaqi Adnan atau lebih dikenali sebagai `Nuke` pula berpendapat 10 tahun ke hadapan sudah pastinya Malaysia mampu menghasilkan tenaga mahir dalam bidang ini dan mampu bersaing dengan lebih efektif lagi di  peringkat antarabangsa.

See also  Garmin, Reef Check partnership removes 755kg of ocean waste

Menurutnya seni merupakan jalan terbaik untuk memberi inspirasi  kepada tamadun manusia. Sebagai contoh, antara karya-karya di barat  ditonjolkan di atas jalan raya dan juga di sepanjang  dinding tembok kaki lima.

“Anak-anak muda  sepatutnya diberi ruang untuk menonjolkan bakat-bakat mereka,”katanya.

Persepsi negatif  masyarakat mengenai seni grafiti dikaitkan dengan tindakan vandalisme sewajarnya dikikis. Sebaliknya satu seni yang menghasilkan karya untuk dinikmati segenap lapisan masyarakat.

8719_101261759895104_100000338416433_31673_5085907_n

Difahamkan, perkataan grafiti berasal daripada bahasa Greek, graphein yang bermaksud untuk menulis. Grafiti (atau bentuk mufrad, garfito) bermakna lukisan atau contengan pada permukaan yang mendatar.

Pada asalnya, ia merujuk kepada tanda-tanda yang ditemui pada seni bina Roman kuno.

Seni grafiti di Malaysia juga kini telah beransur diterima masyarakat yang dulu menganggap mereka ini melakukan aktiviti vandalisme.

Grafiti akan mendedahkan orang ramai kepada kepelbagaian coraknya bermula dengan tanda seperti huruf yang ringkas sehinggalah rekaan yang menarik, kompleks dan berwarna-warni.