Tembok sekolah condong diroboh

Tembok sekolah condong diroboh

Pihak sekolah boleh bernafas lega setelah tembok condong diruntuhkan oleh JKR.

Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Petaling bertindak merobohkan struktur tembok bangunan Sekolah Kebangsaan Satu Sultan Alam Shah, Petaling Jaya yang condong dan hampir runtuh sehingga menimbulkan kebimbangan dikalangan ibu bapa.

Tindakan kerja merobohkan tembok itu dilakukan susulan laporan Komunitikini pada 23 April lalu mengenai struktur tembok bangunan condong sekali gus mengundang bahaya kepada guru serta 500 pelajar sesi pagi dan petang.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sek Keb Satu Sultan Alam Shah, Ahmad Azlan Abd Aziz berkata pihaknya  menarik nafas lega,  apabila mendapat tahu kerja-kerja penyelenggaran dilakukan oleh JKR.

Menurutnya, bagi membolehkan kerja meroboh dilaksanakan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Utama telah meminta peruntukan daripada Pejabat Pendidikan Negeri Selangor.

See also  Garmin, Reef Check partnership removes 755kg of ocean waste

“Selepas tembok yang condong itu dirobohkan, kawasan sekitarnya ditutup dengan kanvas bagi mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh.

“Sehingga kini, kami masih menanti pembinaan tembok sekolah yang baru,”katanya.

Sementara itu, tinjauan Komunitikini di perkarangan sekolah mendapati struktur tembok bangunan itu telahpun dibersihkan dan ditutup dengan kanvas bagi mengelakkan berlaku kejadian tanah runtuh.

Terdahulu, Komunitikini pada 24 April lalu, pernah melaporkan kejadian struktur tembok sekolah condong dan hampir runtuh.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.30 pagi disedari oleh dua orang pengawal keselamatan yang bertugas kemudiannya memberitahu pihak  sekolah pada 10 April lalu.

Difahamkan, selepas itu pihak sekolah melaporkannya kepada pihak berwajib namun tiada tindakan diambil selama dua minggu.

See also  Brother Malaysia leads turtle conservation efforts in Cherating