Rungutan Ibu tunggal Rumah Pangsa Mount Austin

Rungutan Ibu tunggal Rumah Pangsa Mount Austin

Pembeli 911 unit rumah pangsa Taman Mount Austin, Johor Bahru hari ini telah membuat laporan polis terhadap pemaju yang telah melarikan diri tanpa menyiapkan lebih 911 unit rumah pangsa kos sederhana rendah.

Menurut pengerusi jawatankuasa pembeli encik Suhaini Bin Mat Isa , sijil menduduki bangunan telah dikeluarkan bagi satu blok sahaja, dan dikenakan cukai tanah oleh MBJB terhadap pembeli, tetapi bekalan air dan elektrik tidak dibekalkan lagi dan keadaan rumah tidak sesuai didiami. 

Banyak usaha yang telah dilakukan oleh jawatankuasa pembeli , termasuk berjumpa dengan Adun Kota Puteri Wangsa , Adun Tebrau dan Menteri Besar Johor. Tetapi setakat ini belum Nampak penyelesaian kepada masalah ini.

Menurut En Suhaini lagi majority pembeli unit ini adalah mereka yang berpendapatan rendah, dan terpaksa menanggung sewa dan pembayaran kepada bank bagi unit berkenaan. Beliau menyeru SPR dan pihak berkuasa mengambil perhatian dan menyiasat perkara ini.

Video by Vijaya Kumar, Citizen Journalist

Vijay Kumar