Bazar “Karat” tarikan baru bandar Segamat

SEGAMAT – Pada setiap hujung minggu “Bazar Karat Segamat” akan diadakan berhampiran Dataran Segamat, Segamat, Johor.

Pada setiap hujung minggu “Bazar Karat Segamat” akan diadakan berhampiran Dataran Segamat, Segamat, Johor.

CJ.MY yang berkunjung ke Bazar Karat Segamat pada hari Sabtu baru-baru ini mendapati terdapat ramai peniaga yang menjalankan perniagaan dan para pengunjung yang terdiri dari berbagai lapisan masyarakat berkunjung disana.

Waktu perniagaan bermula dari jam 5.00 petang hingga jam 12.00 malam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad setiap minggu.

Sewa tapak yang dikenakan oleh Majlis Daerah Segamat hanya berjumlah RM10.00 juga adalah amat berpatutan ditambah lagi dengan kehadiran para petugas dari MDS yang mesra.

Tarikan baru di Segamat ini juga telah menarik ramai pengunjung dari dalam daerah Segamat dan juga dari luar yang secara tidak langsung menjana dan mengembangkan ekonomi dan memberikan manfaat kepada penduduk daerah Segamat khususnya.

See also  Sarawak drive tourism growth with Indonesia roadshow

Tinjauan CJ.MY mendapati kawasan letak kereta di sekitar kawasan Bazar Karat sentiasa sesak setiap hujung minggu yang menandakan penerimaan yang baik dari orang ramai.

Bazar Karat Segamat juga lebih istimewa kerana disamping membeli belah pengunjung juga dihiburkan oleh para pencinta muzik tempatan yang membawakan berbagai genre muzik untuk santapan halwa telinga pengunjung.

 

Norsyaril Kamaruddin