Pimpinan Pakatan Rakyat bersama-sama Pertubuhan Bukan Kerajaan mengadakan Protes membantah sebarang usaha Kerajaan Persekutuan membina Loji Nuklear di Klang.
Protes yang di ketuai oleh Ahli Parlimen Klang Charles Santiago terpaksa bergerak ke Dewan Pelabuhan Klang setelah Polis mengeluarkan amaran.
Mengikut Charles Santiago, pulau-pulau berhampiran Pelabuhan Klang mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk membina loji nuklear.
Beliau turut mengeluarkan Deklerasi Klang yang antaranya meminta Kerajaan Persekutuan untuk mencari sumber tenaga “Boleh Guna” sambil meminta Kerajaan Selangor menghalang sebarang usaha membina loji nuklear di negeri ini.
Peserta -peserta protes berpendapat:
a) jika Jambatan MRR2 boleh retak apatah lagi logi nuklear binaan Kroni UMNO
b) Mengutuk tindakan polis menghalang rakyat Malaysia menunaikan hak bersuara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
c) Kerajaan mengambil hampir 15 tahun untuk membina “Light House” di laluan masuk utama Kapal di Pelabuhan Klang. Bayangkan pembinaan loji nuklear
d) anggaran kos pembinaa loji nuklear mungkin akan mencapai 50 billion
Video by S. Arikrishnan, Citizen Journalist