Johor Bahru, 29 Disember – Satu sidang berita hari ini telah diadakan dipejabat CJ.MY Johor Bahru oleh keluarga Azhar Rahman, 39, seorang kontraktor, yang telah ditembak oleh polis baru-baru ini di Mersing.
Kejadian berlaku di Mersing semasa pihak polis mengadakan serbuan dadah dirumah kawan Azhar.
Jurucakap keluarga Azhar, Siti Aminah, 27 telah menerangkan bagaimana mereka tidak mendapat kerjasama dari pihak polis sejak beliau ditembak hingga sekarang.
Ahli Biro Bantuan Guaman PKR Johor, Sdr Gurmit Singh Hullon menyatakan bahawa pihak mereka akan mengendalikan kes ini oleh kerana pihak keluarga Azhar tidak mempunyai kewangan untuk mendapatkan khidmat seorang peguam.
Kes ini masih berjalan.
Video by Akmal Ariffin, Citizen Journalist