Kuil gua di Ipoh

Kuil gua di Ipoh

Malaysia adalah sebuah negara yang didiami oleh pelbagai etnik dengan amalan keagamaan masing-masing oleh tiga kaum utama iaitu Melayu, China dan India serta lain-lain. Walaupun Islam menjadi agama rasmi namun kaum lain juga mengamalkan agama masing-masing mengikut kepercayaan tersendiri. Apatah lagi kedudukan masjid, makam, kuil, tokong dan sebagai bersebelah di antara satu sama lain bukanlah menjadi persoalan. Amalan toleransi dan pemafahaman di antara satu sama lain amat penting bagi mencapai keharmonian.   

Sejak beberapa kurun dahulu lagi gua telah dijadikan tempat beribadat oleh penganut agama Hindu dan Buddha. Malah gua juga telah dijadikan tempat untuk meditasi dan beristirehat.

Negeri Perak Darul Ridzuan amat kaya dengan keunikan gua yang amat cantik dan mengkagumkan terutamanya disekitar Bandar Ipoh. Gua-gua ini menjadi kuil bagi penganut agama Buddha lebih dari 100 tahun dan kini menjadi lokasi pelancongan yang sering dilawati oleh pengunjung tempatan mahupun dari luar Negara.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

See also  Center for Strategic Research and Discover Russia Showcase Russia’s Tourism Potential at PATA Travel Mart 2026 in Malaysia

Gunung Rapat yang dikeliling oleh tiga kuil utama iaitu kuil Gua Kek Look Tong, Kuil Ling Seng Tong, dan Kuil Sam Poh Tong. (Tong membawa maksud Gua). Kuil yang membelakangi ketiga-tiga kuil ini pula ialah Perak Tong atau Kuil Perak yang mempunyai 450 anak tangga di dalam yang boleh membawa pengunjung ke puncak bagi melihat pemandangan indah Bandar Ipoh dari atas. Apa yang menyedihkan ialah tiada satu papan tanda pun yang menunjukkan arah kuil ini dari bandar Ipoh walaupun kuil ini diiktiraf sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa.

Setiap kuil gua mempunyai kisahnya yang tersendiri yang amat unik yang perlu diselongkar oleh setiap individu.

See also  Center for Strategic Research and Discover Russia Showcase Russia’s Tourism Potential at PATA Travel Mart 2026 in Malaysia

R.Rajeswari, Wartawan Masyarakat Malaysia

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →