Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia(MTUC) dengan kerjasama Pemuda Barisan Nasional telah mengadakan forum gaji minima pada 13 Oktober 2010 bagi memperbincangan lebih lanjut cadangan dan perlaksanaan Gaji minima.
Hasil perbincangan dalam forum jelas menunjukkan pentingnya gaji minima digubal dengan segera kerana pasaran gagal untuk mewujudkan gaji yang munasabah bagi pekerja pekerja di Malaysia. Malah gaji minima juga penting bagi mencapai gagasan PM untuk menjadikan ekonomi berpendapatan tinggi.
Lebih dari 700 ahli kesatuan dan wakil pemuda BN telah hadir dalam forum ini bagi memberi pendapat dan beberapa kertas kerja telah dibentangkan dari pelbagai sudut termasuk wakil majikan, kerajaan, akademik dan kesatuan sekerja.
Majlis forum ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. S.Subramaniam, Menteri
Sumber Manusia.
Rakaman video oleh: R.Rajeswari, Wartawan Masyarakat Malaysia