Setelah 15 tahun berlalu, penduduk Kampung Linting, Kuala Penyu sekali lagi berjaya menganjurkan majlis perayaan Pesta Kaamatan tahun ini.
Datuk John Ghani selaku Pengerusi penganjur menyeru agar masyarakat minoriti Kadazandusun Tatana supaya bersatu padu dan memajukan diri selari dengan arus pembangunan.
Beliau juga mahu mereka memelihara nilai-nilai murni kebudayaan kaum Tatana supaya dapat diwariskan kepada generasi muda demi masa depan kaum Tatana sendiri.
Video oleh SL Chong, Wartawan Masyarakat