Setelah 47 tahun Sabah merdeka, anak negeri penduduk asal Sabah masih mengalami masalah mendapatkan hak ke atas tanah hak adat anak negeri (NCR). Situasi ini dialami oleh penduduk sekitar kawasan Ulu Sg Papar. Penduduk mula berasa tertekan setelah mendapat khabar hasrat kerajaan untuk membina Empangan Kaiduan di Ulu Sg Papar.
Penduduk berasa bimbang serta ketakutan, bahawa mereka akan sukar meneruskan hidup mereka di tanah yang lama mereka duduki.
Tanah adalah sumber kehidupan anak negeri penduduk asal Sabah. Mereka perlukan tanah untuk mencari makan, lagipun peluang amat terhad untuk mendapatkan pekerjaan. Untuk meneruskan cara hidup budaya dan identiti anak negeri penduduk asal sabah, tanah tetap menjadi sumber utama kehidupan.
Video oleh S L Chong, Wartawan Masyarakat