Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Tuan Hj Yaacob Sapari menyerahkan watikah perlantikan 45 orang Ketua Komuniti India baru-baru ini. Beliau menyerahkan Watikah perlantikan tersebut semasa Sambutan Tahun Baru Tamil “Chithirai ” yang diadakan julung kali di Taman Bunga Teratai dekat Serendah, Selangor.
Turut hadir pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Selangor termasuk Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat .
Video by S. Arikrishnan, Citizen Journalist