DPIM Labuan sedia laksana penurunan harga

LABUAN – Kenaikan harga barangan di Labuan adalah dari 30% hingga 60% dan berlaku dengan secara tidak terkawal dan merupakan antara yang tertinggi di Malaysia.

Restoran 1 Malaysia di Labuan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Ahmad Maslan telah mengadakan lawatan kerja selama sehari ke Labuan baru-baru ini.

Pada lawatan tersebut beliau telah menerima keluhan penduduk Labuan mengenai kenaikan harga barangan dari  antara 30% hingga 60%di pulau ini dengan secara tidak terkawal dan merupakan antara yang tertinggi di Malaysia.

Maslan juga telah menerima surat rasmi yang ditujukan kepada perdana menteri mengenai masalah ini yang berpunca dari peningkatan secara mendadak ke atas tambang feri yang membawa bekalan ke Labuan dari tanah besar Sabah dan sistem “kabotaj” yang memaksa kos pengendalian kargo berganda antara dua terminal (double cost handling) iaitu dari pelabuhan Klang dan kemudian pelabuhan Sepanggar.

See also  Price Catcher app helps Penang shoppers find deals

Sehubungan perkara tersebut pihak Dewan Perdagangan Islam Malaysia, cawangan Labuan (DPIM Labuan) dengan berbesar hati bagi menyahut seruan  Maslan untuk mempercepatkan pembukaan kedai 1Malaysia di Labuan dan cadangan ahli dewan rakyat Labuan untuk menyediakan pengangkutan kargo laut yang bersubsidi bertujuan mengangkut barangan secara efektif.

Menurut timbalan yang di pertua DPIM Labuan,  Shuib Nasir, mereka telah bersedia sepenuhnya untuk membuka kedai 1 Malaysia pada kadar yang segera bila sahaja mendapat kelulusan dari pihak kerajaan kerana DPIM Labuan memiliki kemampuan secara menyeluruh samada dari kewangan, premis dan pengangkutan.

DPIM Labuan juga bersedia untuk berkerjasama terus dengan pihak kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri Sabah bagi merealisasikan penurunan harga barangan di pulau ini tercapai.

See also  Price Catcher app helps Penang shoppers find deals

“Sepatutnya Labuan selaku pulau bebas cukai yang diwartakan oleh kerajaan memberikan harga terendah berbanding negeri lain,” ujar beliau lagi dalam satu sidang akhbar hari ini.

DPIM Labuan juga mengambil serius cadangan menteri Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan bandar, Raja Nong Chik untuk menarik pelabur asing terutama dari United Kingdom dan Perancis datang ke Labuan, tetapi  masalah kos sara hidup yang tinggi di pulau ini harus ditangani terlebih dahulu  kerana faktor ia mampu mencacatkan hasrat para pelabur ujar Shuib.

 

Ridzuan