Kebocoran paip menyebabkan lonjakan bil air sebanyak RM800K

Kebocoran paip menyebabkan lonjakan bil air sebanyak RM800K

Penduduk pangsapuri Armada Putra, Pulau Indah, Klang mendakwa kebocoran paip air dari tahun 2005-2007 telah menyebabkan tunggakan bil air sehingga RM815,000 dan bekalan air mereka telah dipotong sebanyak sembilan kali.

Pada hari ini wakil penduduk dibantu oleh Ahli Parlimen Klang YB Charles Santiago menghantar memorandum kepada YB Shaari Sungib selaku pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri (JPK-ABAS) di Dewan Undangan Negeri Selangor ,Shah Alam.

Jawatankuasa Pilihan Khas yang ditubuhkan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor di seru untuk menyiasat aduan penduduk berikutan masalah tersebut diwujudkan oleh dua anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu SAP Urus Harta dan Kolej Inpens. Selain dari itu kerajaan negeri juga memiliki 30 peratus ekuiti dalam Syabas, syarikat pembekal air .

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menurut Ahli Parlimen Klang penduduk pangsapuri Armada Putra telah menjelaskan bil air mereka kepada pemaju Brisdale Holdings kemudiannya kepada syarikat pengurusan SAP Urus Harta tetapi bayaran tersebut tidak sampai ke Syabas. Selain dari itu pihak SAP Urus Harta, Kolej Inpens serta Syabas gagal membaiki kebocoran paip air yang menjadi punca utama bil air melambung tinggi.

Kini, penduduk menjadi mangsa kesilapan pengurusan syarikat. Selanjutnya di www.cj.my

Video by S Arikrishnan, Citizen Journalist

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Arikrishnan